in , ,

Peraduan Muzik Video Kalau Aku Kaya Awi Rafael & Altimet

Lagu “Kalau Aku Kaya” – telah menjadi suatu fenomena dan siulan orang ramai pada masa kini merupakan sebuah lagu yang memberi semangat dan dorongan kepada para pendengar untuk mengejar cita-cita dalam mengecapi kehidupan yang lebih baik. Lagu berentak ‘up beat’ yang dinyanyikan oleh Altimet dan Awi Rafael ini mampu mengajak semua untuk mendengar dan menikmati setiap bait liriknya yang bersifat lucu dan begitu dekat dengan pendengar-pendengar di Malaysia dari mula hinggalah ke minit yang terakhir. Pembawakan Awi Rafael dan Altimet di dalam lagu ini tampak begitu bersahaja dan mereka berdua juga kedengaran sangat serasi seperti telah lama berkolaberasi. “Kalau Aku Kaya” juga amat mudah didengari, melodi dan liriknya juga mudah diingati dan dinyanyikan bersama. Elemen lucu telah memberi impak yang lebih kepada pendengar dan mereka merasa dekat dengan lagu ini kerana setiap daripada kita tidak boleh lari dari bermimpi untuk menjadi kaya dan mengecapi kehidupan yang mewah.

Muzik Video Kalau Aku Kaya Awi Rafael &Amp; Altimet

[pullquote align=”right”]Awi Rafael telah menapak di industri muzik tanah air sejak beberapa tahun lalu dan mula popular dengan lagu “Pulanglah” dan “Bila Aku Jatuh Cinta”. Awi Rafael merupakan artis rakaman Warner Music Malaysia dan berkarya sepenuh masa di Malaysia.[/pullquote]

Awi Rafael atau nama penuhnya Muhammad Nabawi bin Gunawan dilahirkan pada 23 Julai 1986 dan dibesarkan di Singapura. Anak bongsu daripada 3 beradik ini mula menulis lagu seawal usia 13 tahun.

Altimet atau nama sebenarnya Ahmad Abdul Rahman telah lama berkecimpung didalam industri muzik tanah air. Bermula dengan menganggotai kumpulan Teh Tarik Crew dan seterusnya bergerak solo. Altimet telah banyak berkolaberasi dengan artis artis tanah air dan lagu-lagunya sering membawa satu fenomena dan menjadi bahan siulan para peminat dan antara lagu yang popular adalah “Kalau Berpacaran” berganding dengan Ana Raffali dan juga Suhaimi Mior Hassan. Kini Altimet merupakan figura yang disegani dibawah naungan Kartel Records.

Lagu “Kalau Aku Kaya” ini merupakan hasil ciptaan bersama sepenuhnya oleh Audi Mok dan Omar K manakala liriknya pula ditulis oleh Altimet sendiri. Lagu ini telah lama dihasilkan dan selepas mengadakan sedikit perbincangan diantara Altimet dan pihak Warner Music Malaysia, Altimet bersetuju untuk berkolaborasi bersama dengan Awi Rafael untuk menyempurnakan lagi lagu ini.

Awi Rafael sangat mengagumi kebolehan ‘rapping’ Altimet manakala Altimet juga amat mengagumi kelunakan suara Awi Rafael yang kedengaran serak-serak basah. Kerana itu lah Altimet memilih Awi untuk bergandingan dengannya, karektor dan keunikan suara Awi amat sesuai untuk melengkapkan lagu ini.

Altimet dan Awi Rafael juga sanggup membantu sekumpulan pelajar daripada UiTM dalam menyiapkan projek tahun akhir mereka dengan menghasilkan muzik video lirik yang telah dimuat naik di laman web perkongsian video YouTube. Muzik video tersebut merupakan muzik video lirik sahaja dan hari ini merupakan hari yang bersejarah dan dinanti-nanti oleh semua terutama sekali peminat-peminat Awi Rafael dan Altimet, kerana hari ini 1 November 2013 merupakan hari pelancaran muzik video rasmi “Kalau Aku Kaya”.

Lagu “Kalau Aku Kaya” ini berkisarkan tentang individu yang mengimpikan untuk menjadi kaya. Jika diamati lirik hasil nukilan Altimet itu sendiri adalah sangat menitik beratkan nilai-nilai kebaikan dan kemasyarakatan. Dimana dalam berimpikan untuk menjadi kaya, mereka tidak seharusnya lupa akan niat murni untuk membantu orang disekeliling terutama sekali ahli keluarga dan mereka yang rapat.

Lagu “Kalau Aku Kaya” ini juga merupakan projek pertama Awi Rafael berduet bersama dengan artis lain. “Kalau Aku Kaya” telah menguasai beberapa radio tempatan dan sering mendapat sambutan yang luar biasa daripada peminat mereka di Malaysian mahupun di Singapura. Mereka juga telah menyanyikan lagu ini di salah satu anugerah yang berprestij di rantau Asia baru-baru ini. Betapa hebat impak lagu ini sehingga mendapat tempat untuk membuat persembahan di anugerah tersebut walaupun lagu ini baru sahaja dirilis 3 bulan yang lepas.

Pihak Warner Music Malaysia dan Kartel Records mengambil masa lebih kurang sebulan setengah sahaja untuk menyiapkan muzik video ini. Lokasi penggambaran untuk muzik video ini adalah di sekitar Grik, Perak untuk Awi Rafael dan Altimet pula di Showroom kereta di sekitar Kuala Lumpur. Muzik video ini merupakan hasil kerjatangan Ravi. Ravi merupakan direktor yang terkenal didalam bidang iklan di Malaysia. Beliau juga merupakan salah satu direktor terkenal yang sering membuat muzik video didalam industri hiburan India di Malaysia.

Khas buat peminat setia lagu ini, mari jadikan “Kalau Aku Kaya” sebagai nada dering anda! Bagi Maxis Caller Ringtones, dial *131*323238# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my. Bagi Celcom Call Me Tones, sila dial *888*194947# dan tekan call/send, ataupun dengan melayari http://www.thecube.my. Manakala bagi Digi Caller Tunes pula, dial *233*1800346# dan tekan call/send ataupun dengan melayari http://ct.digi.com.my. Bagi mendapatkan U Mobile Colour Tones, sila dial *118*5*2*480564# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.u.com.my.

Peraduan Muzik Video Kalau Aku Kaya Awi Rafael & Altimet

[dropcap]K[/dropcap]has buat para peminat Awi Rafael & Altimet dan juga peminat lagu “Kalau Aku Kaya”, anda kini berpeluang untuk memenangi voucher Joe’s Barber/Kitchen yang bernilai RM100!! Untuk memenangi voucher ini, sila jawab soalan berikut berdasarkan muzik video rasmi Altimet & Awi Rafael “Kalau Aku Kaya”.

Namakan dua pengarah klip video ini?

Seorang pemenang bertuah yang memberikan jawapan yang tepat bakal memenangi 1 voucher Joe’s Barber/Kitchen yang bernilai RM100!!

Syarat2 penyertaan adalah seperti berikut:

1) ‘Like’ laman Facebook rasmi Warner Music Malaysia https://www.facebook.com/warnermusicmalaysia
2) Emailkan jawapan anda bersama butiran peribadi (Nama penuh, no. IC, nama akaun Facebook, alamat penuh, no telefon) ke [email protected]

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15hb November 2013.

Muzik Video Kalau Aku Kaya Awi Rafael &Amp; Altimet

Muzik Video Kalau Aku Kaya Awi Rafael &Amp; Altimet

Muzik Video Kalau Aku Kaya Awi Rafael &Amp; Altimet

Muzik Video Kalau Aku Kaya Awi Rafael &Amp; Altimet

Muzik Video Kalau Aku Kaya Awi Rafael &Amp; Altimet

“KALAU AKU KAYA” nyanyian Altimet & Awi Rafael ini merupakan satu lagi edaran digital daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.

Lirik lagu “Kalau Aku Kaya” oleh Altimet & Awi Rafael

Kalau aku kaya
Kalau aku kaya

[Altimet]
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)

Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama

Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)

[Altimet]
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar

Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next beat by’Ye
Tiap show pakai J’s
Hypeman aku Jay
Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua
Pening apa semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)

Buat suka hati aku
(Korang tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama

Aku beli serba satu (Heh aku beli dua)
Eleh aku angkat lima (Wei aku borong semua)
Bagitahu jiran lama (Sewa mereka kami taja)
Dan kalau anak-anaknya geliga (Kita bagi biasiswa)

Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Kaya,kaya

Bila aku kaya
Hari hari hari raya (hari-hari ha ha)
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba (rileks-rileks semua aku belanja)
Bila aku kaya (Yea)
Aku beli segalanya (semua)
Bungkuskan semua (ha ha)
Hadiahkan pada mama (mama nak apa)

Bila aku kaya (Kita bukan pergi kedai kereta beli kereta)
Bila aku kaya (Kita pergi kedai kereta beli kedai kereta)
Bila aku kaya (bila aku kaya, bila aku kaya)
Bila aku kaya (bila aku kaya, haih bila lah nak kaya)

Kalau aku mampu
Buat suka hati aku

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Masterchef Malaysia All Stars Tampil Selebriti Popular

Gambar Selebriti di Pelancaran Anugerah Skrin 2013