in , ,

LoveLove CuteCute HAHAHA!HAHAHA! OMG!OMG! WinWin

Muzik Video Huawei Di Hati Yang Menampilkan 30 Penyanyi, Artis dan Personaliti

Segalanya Tentang Silaturahim Pada Hari Raya Di Dalam Muzik Video Huawei Di Hati Yang Menampilkan 30 Penyanyi, Artis dan Personaliti

Muzik video menampilkan selebriti seperti Hael Husaini, Wany Hasnita, Naim Daniel, Marsha, IzzueIslam, Shaharul Ridzwan, Fizo Omar, Anzalna Nasir, Nad Zainal, and Syazuwan Hassan sementara lirik dan gubahan lagu oleh Audi Mok dan Ahmad Izham Omar. Huawei Di Hati dilancarkan pada 10 Mei 2020.

Hari Raya pada tahun ini dijangkakan akan diraikan dengan lebih sederhana. Walaubagaimanapun, Hari Raya akan terus diraikan dengan rasa gembira dan syukur kerana Syawal adalah bulan mengeratkan silaturahim. Bersempena bulan yang penuh bermakna ini, Huawei telah mengajak 30 penyanyi, artis dan personaliti mengeluarkan sebuah muzik video istimewa yang bertajuk Huawei Di Hati, di mana ia memberikan mesej hubungan erat silaturahim sesama lain.

Huawei Di Hati

Hasil nukilan Audi Mok dan Ahmad Izham Omar, Huawei Di Hati ini menggambarkan kegembiraan sambutan Hari Raya bersama ahli keluarga dan sahabat andai, di mana jua mereka berada – walaupun jauh tetapi dekat di hati.

Dengan kepelbagaian bangsa dan agama, Malaysia ada sebuah negara yang unik kerana seluruh rakyat Malaysia akan meraikan semua perayaan dengan meriah dan menghantar ucap salam antara satu sama lain. Hari Raya pada tahun ini akan menjadi lebih istimewa untuk berhubung dengan yang tersayang, tidak kira jauh ataupun dekat.

Huawei Di Hati menampilkan selebriti tempatan terkenal seperti Hael Husaini, Wany Hasnita, Naim Daniel, Marsha, Izzue Islam, Saharul Ridzwan, Fizo Omar, Anzalna Nasir, Nad Zainal and Syazuwan Hassan.

Muzik video ini turut memberi peluang rakan-rakan artis untuk bekerjasama.Sedang kita melakukan penjarakkan sosial, video ini dihasilkan di rumah personaliti masing-masing dan digabungkan oleh rakyat Malaysia yang berbakat.

Muzik video ini turut mengajak rakyat Malaysia untuk melakukan penjarakkan sosial dan berhubung dengan yang tersayang secara digital melalui peranti Huawei, dari telefon pintar hinggalah tablet.Huawei Di Hati akan bersiaran secara langsung pada hari Ahad, 10 Mei 2020, jam 10 pagi di Facebook Huawei Mobile MY dan Youtube serta siaran TV tempatan.

Seiring dengan pelancaran muzik video Huawei Di Hati, Huawei akan memberi ganjaran “Paket Raya” untuk pengguna Huawei berbentuk rebat segera sebanyak 50% untuk pembelian aplikasi terpilih di Huawei AppGallery.

Kini pelbagai aplikasi telah tersedia di Huawei AppGallery seperti Astro Go, Gerak Malaysia, MySejahtera, i-Akaun, PB Engage, RHB, MYEG, Pos Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, News Straits Times, RTM Mobile, The Star and Here WeGo are now available on Huawei AppGallery.

Untuk maklumat lanjut tentang Muzik Video Huawei Di Hati, sila layari Facebook Huawei Malaysia di https://www.facebook.com/HuaweimobileMY/. Manakala maklumat lanjut tentang Ganjaran Raya Huawei AppGallery sila layari: https://bit.ly/2W8Luu2.

What do you think?

84 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sembang Sahur Memulihkan Semangat Rakyat Malaysia!

Baru Selesai Urusan di Balai Polis, Abu Syafiq Umum Bersara dari Dunia Dakwah