in , ,

Siri HUAWEI Mate 50 Dilancar di Malaysia Dengan Harga Mencecah RM5299

Setelah sekian lama, HUAWEI Malaysia akhirnya melancarkan siri Mate 50 untuk pasaran Malaysia. Dengan harga bermula RM3699, pra-pesanan bermula hari ini sehingga 11 November. Pelanggan yang membuat tempahan terawal juga akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,450.

Huawei kini sedia untuk menawarkan barisan peranti premium mereka untuk pasaran tempatan iaitu siri Huawei Mate 50. Melaluinya, ia tampil dengan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan reka bentuk. Ia juga merupakan peranti Huawei pertama hadir dengan sistem kamera XMAGE.

Huawei Mate 50 hadir dengan skrin bersaiz 6.7-inci OLED FHD+ dengan paparan 90Hz. Dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 4G, RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Bateri 4460mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 66W, 50W tanpa wayar dan reverse wireless charge 7.5W.

H50

Dari segi fotografi, ia menggunakan sistem tri-kamera dengan sensor utama dari Huawei iaitu XMAGE dengan sistem bukaan boleh diubah dari f/1.4 ke f/4.0. Dilengkapi dengan 50MP OIS sudut lebar + 13MP ultra sudut lebar + 12MP OIS telefoto. Manakala untuk swafoto ia tampil dengan sensor 13MP.

Mate-50-series-x-preorder-endframe__horinzotal_with-channel_BM

Sementara, Huawei Mate 50 Pro ia hadir dengan skrin bersaiz 6.74-inci OLED FHD+ dengan paparan 120Hz. Dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 4G, RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Bateri 4700mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 66W, 50W tanpa wayar dan reverse wireless charge 7.5W.

Siri HUAWEI Mate 50 Dilancar di Malaysia Dengan Harga Mencecah RM5299

Turut menggunakan sistem tri-kamera dengan sensor utama XMAGE, dilengkapi dengan 50MP OIS sudut lebar + 13MP ultra sudut lebar + 64MP telefoto OIS. Sensor utama 50MP turut menyokong sistem bukaan yang boleh diubah dari f/1.4 ke f/4.0. Manakala untuk swafoto ia tampil dengan sensor 13MP.

Untuk harga jualan, Huawei Mate 50 dijual pada tanda harga RM3699 untuk 8GB+256GB. Manakala, untuk Huawei Mate 50 Pro ia dijual pada tanda harga RM4499 untuk 8GB+256GB dan RM5299 untuk 8GB+512GB.

m31

Menurut HUAWEI Malaysia, hadiah percuma untuk tempahan terawal adalah termasuk HUAWEI Watch GT 2 Pro, jaminan skrin 3 bulan serta ganjaran eksklusif HMS. Penempah terawal juga bakal menikmati sehingga 24 bulan pelan ansuran (0%) dengan Maybank, UOB, CIMB, HLB, RHB, Atome dan Paylater.

Selain itu, pengguna boleh menukar ganti (trade-in) siri Mate 50 dengan sehingga 5 peranti lama termasuk telefon pintar, tablet dan jam tangan pintar. Semua model siri Mate 50 dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8+ Gen 1.

Siri HUAWEI Mate 50 Dilancar di Malaysia Dengan Harga Mencecah RM5299

Bagi yang berminat, anda kini boleh melakukan pratempah bermula 3 hingga 11 November. Setiap pembelian akan menerima hadiah bernilai RM1450.

Model asas Mate 50 iaitu 8/256GB berharga RM3,699 manakala Mate 50 Pro 8/256GB berharga RM4,499 dan 8/512GB dengan kemasan kulit Vegan Jingga berharga RM5,299. Untuk maklumat lanjut, kemas kini atau promosi terkini tentang Siri Mate50, sila lawati laman rasmi HUAWEI.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Huawei MatePad Pro 12.6″ Versi WiFi Ditawarkan Di Malaysia Pada RM4299

KELLY AZMAN

Percubaan Pertama Irama Balada Kelly Azman Dalam Single DUSTAKAN CINTA