in , ,

Muat Naik ‘Posting’ Sendu, Betul Ke Janna Nick Sudah Putus Cinta?

Siapa sahaja tak kenal dengan pelakon cantik manis, Janna Nick kan? Walaupun baru berusia 27 tahun, dia sudah berlakon dalam lima buah filem serta puluhan rancangan TV.

Janna Nick sebelum ini tidak merahsiakan hubungan percintaanya dengan pelakon berdarah kacukan Switzerland, Dini Schatzmann sejak Jun 2019.

Pun begitu, sejak semalam media sosial kecoh dengan sebuah posting yang dimuat naik oleh Janna Nick, seakan memberi bayangan hubungan kedua-dua pelakon itu telah berkakhir.

“Kepada kamu, mogakan berbahagia. Kini cinta kita telah berakhir untuk selamanya,”

– JANNA NICK

Malah, pelakon wanita yang juga penyanyi lagu Gatal itu turut menutup ruangan komen postingberkenaan, sekali gus menimbulkan rasa ingin tahu peminatnya.

Keadaan semakin ‘panas’ apabila ramai netizen mula menyerang akaun Instagram Dini untuk mendapatkan cerita yang sebenar.

Hasil tinjauan ke laman Instagram Janna Nick, pelakon wanita itu tidak lagi mengikuti Dini dalam Instagram namun pelakon lelaki tersebut masih lagi menjadi pengikut akaun Janna.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Harith Iskander

Harith Iskander Anjur RELAZZ LAH MALAYSIA di Zepp Kuala Lumpur

Seniman Serba Boleh Imuda Beraksi dalam Drama THE PAK MAT CLAN TV3