in ,

Movie Day Out Sensasi Selebriti HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH

Salam buat semua pembaca budiman,

Sempena menyambut tahun baru 2011 dan ulangtahun Budiey.com ke-4 yang akan disambut tak lama lagi, Budiey ingin mengajak pembaca untuk menonton filem HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH bersama pembaca Budiey.com yang lain?

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH adalah filem seram komedi kelakar tak ingat lakonan Awie, Johan Raja Lawak dan ramai lagi.

Poster Hantu Kak Limah Balik Rumah

Sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah:
Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ bakal diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan.

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya,

Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.

Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur.

Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah.

Tonton Trailer Filem HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH:

Bila? Hari Sabtu ini, 1 Januari 2011, Jam 3.15 petang

Waktu Tayangan: 3.40 petang

Di mana? Pawagam TGV, KLCC

Bayaran? PERCUMA + Goodie bag juga diberikan!

Runtime: 100 minit

BAGAIMANA CARANYA?

Apa yang korang perlu buat ialah:
Jadi pemanggil terawal. Sila hubungi Budiey di talian 019 6249479 sekarang! Tiket masih ada!

Segala SMS yang dihantar tidak akan dilayan. Siapa cepat dia dapat!!!

Kepada pembaca bertuah, kita jumpa HARI SABTU ini ya!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suria Showdown Band Kampus Terbaik 2011

ADV: Ketahui Teknik Buat Duit Di Mudah.my