in

Suria Showdown Band Kampus Terbaik 2011

SURIA SHOWDOWN! Band Kampus Terbaik 2011!

Berita baik untuk mereka yang benar meminati muzik! Suria FM dengan bangganya mengumumkan program realitinya yang pertama dalam mencungkil bakat-bakat terpendam dikalangan kumpulan band pelajar.

Program realiti yang diberi nama SURIASHOWDOWN! Band Kampus Terbaik 2011 ini merupakan satu platform untuk mengenengahkan bakat melalui saluran professional di kalangan kumpulan band pelajar di institusi pengajian awam dan swasta. Bukan lagi angan-angan kerana ianya adalah realiti.

Satu sesi sidang media diadakan pada 28 Disember 2010 bertempat di The Blue Chip Lounge, Swiss Garden KL. Sidang media ini dihadiri oleh semua penaja dan persembahan khas dari Kumpulan Tonawarna selain untuk mengumumkan secara rasminya pertandingan yang bakal diadakan oleh Suria FM pada bulan Januari 2011 nanti.

Poster

Lembaran 2011 Suria FM dibuka dengan mengadakan siri pencarian band muzik dikalangan pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta. Siri ujibakat ini akan bermula di bahagian utara tanah air iaitu di Penang Megamall pada 29 Januari 2011, keesokan harinya pula pada 30 Januari 2011 di East Cost Mall, Kuantan kemudian diteruskan di bahagian selatan tanahair iaitu di The Zon, Johor Bahru pada 5 Febuari 2011.

Siri ujibakat peringkat saingan dan separuh akhir ini akan berakhir di lembah kelang iaitu di Plaza Metro Kajang, pada 6 Febuari 2011. Muzik yang di bawa terbuka kepada semua genre.

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta namun pertandingan ini bukan pertandingan band antara atau mewakili kampus sebaliknya hanya memerlukan penyertaan pelajar/penuntut kampus sahaja.

Cara untuk menyertainya sangat mudah iaitu mereka yang berminat perlu datang ke tempat-tempat ujibakat yang telah disenaraikan, kemudian daftarkan band berserta kad pelajar sebagai bukti peserta tersebut benar-benar merupakan pelajar dan tunggu sehingga giliran untuk sesi saringan pertama. Kemudian 10 band yang mempunyai markah tertinggi akan masuk ke peringkat saringan kedua pada hari yang sama di waktu petangnya.

Dari sejumlah 10 band yang memasuki saringan kedua ini, hanya 2 band sahaja yang akan dipilih untuk masuk ke peringkat akhir yang akan diadakan di Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 26 Febuari 2011 nanti.

Ini bermaksud, ke lapan-lapan band yang memasuki peringkat akhir nanti adalah datang dari setiap Zon iaitu Utara, Selatan, Timur dan Lembah Kelang. Namun begitu, nama 2 band yang berjaya di setiap zon untuk keperingkat akhir nanti hanya akan diumumkan di dalam radio dan juga laman web. Jadi, mereka perlu mendengar Suria FM dan melayari laman web Suria FM di www.suriafm.com.my untuk mengetahui samada mereka berjaya atau tidak. 3 orang juri berpengalaman yang terdiri dari artis, ‘otai’ lama dalam industri hiburan dan wakil dari Suria FM akan dipilih untuk mengadili pertandingan diperingkat saringan dan separuh akhir.

Bagi mereka yang berjaya tersenarai sebagai 8 band terbaik yang melangkah memasuki peringkat akhir itu nanti, rakaman suara dan video mereka akan dimainkan di dalam radio dan juga suriafm.tv ( laman video interaktif Suria FM). Syarat penyertaan, senarai nama pemenang, cara undian, rakaman video dan segala yang berkaitan tentang ‘ Suria Showdown! Band Kampus Terbaik 2011!’ ini boleh diperolehi di laman web Suria FM.

Band yang berjaya memenangi pertandingan ini akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 manakala tempat kedua pula sebanyak RM5,000 dan tempat ketiga sebanyak RM3,000.

Jadi tunggu apa lagi, inilah masanya untuk membuktikan kemampuan anda kerana sudah pasti ramai yang bercita-cita untuk menjadi artis berkumpulan namun tidak diberikan peluang. Suria FM akan mengumumkan setiap perkembangan dari hari ke hari. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan menjadikan Suria FM sebagai radio pilihan anda. Ikuti Suria FM di Facebook ( Suria FM ) dan Twitter ( suriafmradio ) untuk perkembangan terkini.

En.Azrullah Md.Nor, COO Suria FM

Moack Up

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. a’skum kpd pihak suria fm…sy ad beberapa soalan megenai suria showdown band…adakah lagu yang diciptakan sendiri sahaja yang boleh di mainkan ke,,,,atau lagu popular masa kini….seperti lagu kumpulan2 yang popular skaran.sy mewakili strategy band smk tmn nusa jaya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas peluang yg di anjurkan oleh pihak suria fm..

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ashraf Muslim & Eira Syazira dalam Ustaz Amirul

Movie Day Out Sensasi Selebriti HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH