in

Gandingan Sein Ruffedge & Lisa Surihani Dalam Adamaya Menjadi

Budiey rasa ramai pembaca yang dah tonton drama terbaru yang mengisi Slot Akasia di TV3, drama berjudul Adamaya. Budiey juga ada menerima pendapat daripada pembaca. Ada yang kata gandingan Sein dan Lisa Surihani tak berapa nak serasi. Ada juga yang kata, kolaborasi mereka memang menjadi.



Ketika Bertemu Lisa Surihani di Majlis Ramah Mesra Bersama Pelakon Adamaya pada 15 April lalu.

Temubual Budiey Bersama Hussien Ruffedge yang memegang watak Adam:

Temubual bersama Zalfie yang memegang watak Mika, kawan kepada Dani:

Apa-apa pun pendapat anda, memang Budiey dapat terima. Lain padang lain lalang. Lain orang lain pandangan. Mungkin juga ada yang membandingkan Hussien dengan pelakon yang membintangi filem I’m Not Single. Bagi Budiey sendiri, keserasian lakonan Lisa Surihani & Hussien memang ada. Lakonan mereka nampak natural. Sebab kalau nak tahu, drama ini ada lanjutan dan adaptasi daripada filem tersebut. Sekiranya kita tahu watak dan karakter pelakon dalam drama ni, kita pasti akan dapat menerima karakter-karakter sedemikian.

Cuma kali ini, ada pertukaran pelakon di mana watak untuk Adam diberikan kepada Sein dan juga watak untuk Dani yang dulunya dipegang oleh Awal Ashaari digalas oleh Faizal Yusup. Oh ya, Budiey nak ucap takziah kepada Faizal Yusup atas kehilangan neneknya dua hari yang lalu.

4523311241 F432699A9F O | 4

Berbalik pada drama terbitan MIG Production Sdn Bhd ni, sebenarnya drama moden ini turut menggandingkan beberapa lagi pelakon seperti Diana Amir, Dian P. Ramlee, Mustapha Kamal, Hafizuddin, Hamidah Wahab, Puteri Mardiana dan ramai lagi.

Semalam, (15 April 2010) pada jam 3 petang, TV3 telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra dengan Para Pelakon Drama Adamaya dan juga Drama Sayang Cendana.

Jadi, ramai jugalah pelakon yang hadir. Drama 23 episod ini adalah hasil nukilan Feroz Kader dan skrip pula oleh Zarihah Hassan.

Promo TV – Slot Akasia

Sinopsis Adamaya

Adamaya mengisahkan perkahwinan di usia muda di mana memerlukan komitmen yang tinggi dan tanggungjawab serta persefahaman sesama pasangan. Kalau diselami betul-betul, ada mesej yang mahu disampaikan kepada penonton iaitu TV3 mahu menyerap nilai kesedaran yang tinggi dan betapa pentingnya untuk mempertahankan mahligai perkahwinan dan institusi kekeluargaan itu.

Ini terjadi sebab ikatan cinta antara suami isteri itu sangat rapuh. Maka berlakulah pengkhianatan, perpisahan dan perceraian berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini.

Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan. Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussien) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani), Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya, 21 tahun ialah pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. Ibubapa Maya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka bersahabat baik.

Sambungan daripada kisah perkahwinan mereka yang kini ditayangkan. Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka. Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak bernama Amani (Mia Sara).

Dani lakonan Faizal Yusup pula telah berkahwin dengan Jasmin dan selepas lima tahun, Dani kembali mencari Maya. Percintaan Adam dan Maya menghadapi dugaan tatkala Dani muncul semula dalam hidup mereka. Ada mla berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh.

Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?

Untuk kesudahan cerita, korang kena tonton drama Adamaya di slot Akasia setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang.

4523311809 18F72F4538 O | 5

4523945356 Def3C0Cde6 O | 6

4523312941 263E34C8A0 O | 7

4523946408 Db4Ed0F205 O | 8

4523947072 20263656E7 O | 9

4523948422 419E0Ef5F9 O | 10

4523947746 B84Ac718D2 O | 11

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Movie Day Out Sensasi Selebriti – Filem Clash of The Titans

Program Titik Sentuhan di RTM