in

Movie Day Out Pembaca Sensasi Selebriti Filem Knight and Day

Salam buat semua pembaca budiman,

Mahu menonton filem Knight and Day bersama pembaca Budiey.com? Budiey dengan ini ingin menjemput pembaca Sensasi Selebriti yang berminat untuk menyertai Movie Day Out Sensasi Selebriti – Knight and Day.

Knight and Day adalah filem aksi hebat lakonan Tom Cruise & Cameron Diaz.

Knight & Day bermula daripada insiden tidak disengajakan oleh anggota perisik CIA, Roy Miller (Cruise) yang terserempak dengan June Havens (Diaz) di lapangan terbang, yang mana terus mengheret kepada pelbagai konflik dan drama aksi.

Tidak semena-mena Roy seperti menjadikan June sasaran sejak awal pertemuan lagi, sedangkan alasan sebenarnya gagal dipersembahkan dalam gaya kemas.

Rentetan insiden itu June jatuh hati kepada Roy di dalam pesawat yang mencurigakan yang mana hanya ada beberapa penumpang. Ketika June sibuk menyiapkan dirinya di dalam tandas, Roy pula membunuh semua penumpang lain di dalam pesawat termasuk juruterbangnya kerana disyaki ingin membunuhnya. Justeru, dalam keadaan terpinga-pinga, June terkejut apabila Roy memandu dan melakukan percubaan mendarat di atas ladang jagung. Ikuti kisah selanjut…

Bila? Hari Sabtu ini, 17 Julai 2010 2010, Jam 11.00 pagi. Sila berkumpul di Cafe GSC.

Waktu Tayangan: 11.30 pagi

Yuran Sensasi Selebriti: RM5 sahaja untuk seorang

Di mana? Pawagam GSC, Pavilion, Bukit Bintang

Kategori: PG13

Runtime: 1 jam 51 minit

BAGAIMANA CARANYA?

Apa yang korang perlu buat ialah:

  1. Jadi pemanggil terawal. Sila hubungi Budiey di talian 019 6249479 sekarang! Tiket masih ada!
  2. Oleh kerana, sebelum ini, ramai yang bagi nama tapi tak hadir pada hari Movie Day Out, Budiey terpaksa meminta pembaca yang buat panggilan supaya BANK-IN yuran Sensasi Selebriti melalui MAYBANK2U. Nombor akaun akan diberikan semasa panggilan dibuat. Sila hantar resit bayaran Maybank2U kepada 
  3. Selepas buat bayaran, barulah nama anda akan disenaraikan. Maaf atas segala kesulitan.

Segala SMS yang dihantar tidak akan dilayan. Siapa cepat dia dapat!!!

Kepada semua yang hadir, anda akan diberikan GOODIE BAG dan berpeluang memenangi hadiah menerusi cabutan bertuah.

Kepada pembaca bertuah, kita jumpa HARI SABTU ini ya!

Tonton trailer filem ini:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Predators Kembali Cari Mangsa

Teater Tradisional Mek Mulung Dewa Muda