in

Movie Day Out Pembaca Sensasi Selebriti BLACK SWAN

Salam buat semua pembaca budiman,

Movie Day Out hujung minggu ini agak menarik bagi Budiey. Kita akan menonton bersama-sama sebuah filem yang pasti korang suka, Budiey pun suka… Black Swan lakonan mantap dari Natalie Portman! Yeyeh! Untuk info pembaca, Natalie telah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi ke 83 yang diadakan baru-baru ini. Selain itu, ia juga pendapat pencalonan untuk tiga lagi kategori yang dipertandingkan iaitu Filem Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Suntingan Filem Terbaik.

Sebelum itu, filem yang menelan belanja USD13 juta ini mendapat 12 pencalonan pada Critics’ Choice Award yang diadakan pada Disember tahun lalu. Natalie turut membawa pulang anugerah yang sama.

Budiey dengan ini ingin mengajak pembaca untuk menonton filem Black Swan bersama pembaca Budiey.com yang lain? Amacam okay?

Tiket tak perlu bayar sebab Budiey belanja korang semua. Plus setiap korang yang dapat tiket, akan dapat goodie bag percuma dari Budiey.com. Cool kan? Tapi tempatnya sangat terhad, jadi siapa cepat dia dapat!

Black Swan adalah filem psikologi thriller lakonan utama Natalie Portman Vincent Cassel, Mila Kunis.

Black Swan

Sinopsis Black Swan:

Black Swan mengisahkan tentang Nina, seorang balerina di kota New York yang sedang meningkat naik. Dia tinggal bersama ibunya, Erica yang juga merupakan seorang balerina suatu ketika dahulu.

Nina telah terpilih menggantikan Beth Macintyre bagi pementasan ‘Swan Lake’. Walaupun gembira dengan pemilihan itu, tetapi Nina sebenarnya berasa tertekan kerana pengarah pementasan terus-terusan mendesak supaya dia tidak terlalu berhati-hati ketika membawakan watak Black Swan.

Konflik bertambah buruk apabila Nina terpaksa bersaing dengan pendatang baru, Lily yang sering mendapat perhatian pengarah. Bagi memastikan watak utama terus menjadi miliknya, Nina mencuba sedaya upaya untuk terus memberikan persembahan terbaik. Akibatnya, ia memakan diri sendiri dan berakhir dengan tragik.

Secara keseluruhan, filem ini memang harus ditonton kerana ia cuba memberi kesedaran kepada kita supaya tidak terlalu obses mencari kesempurnaan. Tindakan sebegini hanya boleh memakan diri sendiri dan lebih parah, ia mampu menimbulkan gangguan jiwa.

Tonton Trailer Filem Black Swan:

Bila? Hari Sabtu ini, 12 Mac 2011, Jam 4.30 petang

Waktu Tayangan: 5 petang

Di mana? Pawagam TGV, KLCC

Bayaran? PERCUMA + Goodie bag juga diberikan!

Runtime: 119 minit

BAGAIMANA CARANYA?

Apa yang korang perlu buat ialah:
Jadi pemanggil terawal. Sila hubungi Budiey di talian 019 2883856 sekarang! Tiket masih ada!

Segala SMS yang dihantar tidak akan dilayan. Siapa cepat dia dapat!!!

Kepada pembaca bertuah, kita jumpa HARI SABRU ini ya!

Black Swan

Black Swan

Black Swan

Black Swan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Launches Direct Kuala Lumpur Palembang Flights

Airasia Named Asias Best Low Cost Cargo Carrier