in

Movie Day Out Budiey.com Menonton Filem Final Destination 5

Salam buat semua pembaca budiman,

Dah lama betul, kita tak hang out dan tonton wayang citer Hollywood sama-sama kan? Okay berita baik untuk pembaca yang belum lagi tonton filem thriller suspen Final Destination 5, Budiey nak belanja korang. Tiket percuma untuk korang + korang akan dapat goodie bag istimewa dari budiey.com. Amacam?

Tak perlu nak citer banyak pasal Final Destination 5 ni sebab korang dah tahu tentang filem ini sebab pasti korang dah tonton sequel filem yang terdahulu. Budiey sebenarnya dah tonton dan sudah mengupas tentang filem ini di Carta Blockbuster musim pertama yang lalu. Kalau nak tonton, kenalah layari Portal Tonton ya. Jadi, Budiey rasa ini adalah peluang untuk korang yang belum tonton filem ini di pawagam sebab filem ini sangat sadis giler! Ngeri Giler! Seriau Giler!

Final Destination 5

ULASAN Filem Final Destination 5

FILEM: Final Destination 5
ARAHAN: Steven Quale
PELAKON: Nicholas D’Agosto, Emma Bell, Miles Fisher, PJ Byrne dan David Koechner
GENRE: Thriller seram
TAYANGAN: 25 Ogos 2011

LEBIH satu jam jantung penulis bagai terhenti. Ternyata Final Destination 5 (FD5) lebih berjaya berbanding empat siri lalu. Banyak elemen kejutan yang menyentak penonton. Mungkin bunyinya klise kerana elemen itu ditonjolkan dalam siri lalu, tapi FD5 jauh berbeza.

Secara jelas, kematian berlaku bila-bila masa saja dan tidak dapat ditolak bila sudah tertulis. Seperti filem terdulu, apabila seorang lelaki mendapat bayangan kejadian buruk akan berlaku berjaya menyelamatkan sekumpulan pekerja daripada maut. Pun begitu, mereka tidak sepatutnya selamat dan satu demi satu mula mati dengan ngeri dalam situasi yang tidak dijangka.

Jika anda mahu menonton FD5, pasti kerana anda tahu apa yang mahu diharapkan. Secara jujur, penulis rasakan ada plot yang dianggap basi, terutama selepas kejayaan FD2. Seperti dijangka, formulanya tidak banyak berubah walaupun ada sedikit ‘permainan’ baru. Antaranya mangsa yang terselamat daripada tragedi kini boleh membunuh orang lain dengan harapan nyawa mereka menjadi pengganti.

Menariknya, plot baru ini nyata berbeza daripada yang ditonjolkan dalam FD2, di mana hanya kelahiran baru dapat menyelamatkan mangsa daripada kematian. Bagi menambah debaran, mereka juga perlu bersedia melakukan apa saja untuk selamat yang akhirnya membawa elemen konflik antara karakter.

Pun begitu, penulis tetap beranggapan FD5 ialah sekuel terbaik. Malah seingat penulis, tidak pernah penulis dapat rasakan ‘tekanan’ yang sangat padat sepanjang lebih satu jam tontonan. Kreativiti juga dapat dilihat sejak awal FD menjentik perasaan penonton.

Secara praktikal, setiap babak diisi dengan satu tahap perasaan ingin tahu yang tidak dapat dinyatakan dengan kata-kata biasa. Kualiti kerja kamera dan pembikinan berjaya melepasi standard dulu. Ia tampak hebat dengan banyak ‘twist’ yang pasti membuatkan penonton tidak senang duduk. Namun demikian, secara logik akal, beberapa babak kematian agak pelik dan kurang meyakinkan minda sedar, pun begitu ia boleh diterima atas sebab ia sekadar filem.

Barisan pelakon walaupun masih baru dan tidak dikenali, mereka berjaya melontarkan rasa ngeri dan takut. Ekspresi wajah dan dialog yang ringkas tapi bersahaja dilontar membuatkan penonton terpanggil untuk terus menantikan apa akan berlaku seterusnya.

Watak protagonis Sam Lawton (Nicholas D’Agosto) sayangnya kurang menjadi untuk menambahkan drama. Dia tampak ‘over-acting’ dalam penyampaian dialog.
Lakonan Emma Bell sebagai Molly pula lebih baik berbanding hasil kerjanya dalam Frozen dulu. Menariknya Tony Todd yang pernah tampil dalam FD2 kembali semula beraksi dalam FD5.

Bagi penonton yang bercadang menonton filem ini, lebih baik bersedia dengan kejutan dan babak ngeri yang pasti menjarakkan ruang selesa dalaman. Selain paparan visual yang meyakinkan, lagu latar yang menyelimuti setiap babak memberi kesan sempurna kepada tontonan. Tidak mustahil akan ada penonton tidak dapat tidur lena untuk seminggu sebaik melangkah keluar dari panggung.

TRAILER Filem Tolong! Awek Aku Pontianak

Bila? Hari Sabtu, 7 OKTOBER 2011, Jam 11.45 tengahari

Waktu Tayangan: 12.00 TENGAHARI

Di mana? Pawagam GSC PAVILION KL

Bayaran? PERCUMA + Goodie bag juga diberikan!

Runtime: 100 minit

BAGAIMANA CARANYA?

Apa yang korang perlu buat ialah:
Jadi pemanggil terawal. Sila hubungi Budiey sekarang! Tiket sudah habis!

Segala SMS yang dihantar tidak akan dilayan. Siapa cepat dia dapat!!!

Kepada pembaca bertuah, kita jumpa HARI SABTU ini ya!

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Search Gegar Konsert Fenomena 30 Tahun Search

Drama Tihany Lakonan Nabila Huda di TV9