in

Movie Date Natasha Hudson Bersama Peminat SEKALI LAGI

Pada jam 1.30 petang 10 Julai lalu, Budiey sempat singgah di Cathay Cineleisure untuk bertemu dengan pelakon terkenal Natasha Hudson yang menganjurkan Movie Date bersama peminatnya menonton filem Sekali Lagi. Seramai 30 orang peminat telah dipilih melalui akaun twitter milik beliau iaitu @natasha_hudson dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Cuma mungkin ada beberapa orang peminat yang tak dapat datang tanpa memberitahu Natasha, bagi Budiey itu perkara biasa kerana Budiey juga pernah mengalami masalah yang sama setiap kali buat Movie Day Out bersama pembaca. Mesti ada sorang dua yang tak datang. Sabar je lah eh.

TEMUBUAL BUDIEY BERSAMA NATASHA HUDSON & PEMINAT:

Apa yang penting, Movie Date yang julung kali diadakan ini dapat merapatkan lagi hubungan Natasha Hudson bersama peminatnya.

Kenapa filem Sekali Lagi? Ya, walaupun Natasha Hudson tak terlibat langsung dengan filem ini, namun, beliau rasa adalah satu tanggungjawabnya untuk menyokong industri dengan mengajak peminat menonton. Yang bestnya, peminat yang hadir tak perlu membayar apa-apa pun sebab semua tiket dibeli sendiri oleh wang saku Natasha Hudson.

Hadir sama ialah anak Natasha Hudson, Nessa Helena yang makin membesar. Comel.

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Me &Amp; @Natasha_Hudson Di Movie Date Sekali Lagi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Aizat Amdan di Malam Gala SimplySiti

Airasia A Big Thank You Sale