in

Monster House, Kermit’s Swamp Years, Open Season

SCHOOL BREAK SPECIAL ON 2 TAYANG 3 FILEM ANIMASI HEBAT DI TV2

Keseronokan pelajar-pelajar sekolah dalam memenuhi aktiviti dua minggu cuti persekolahan mulai 7 Jun lalu pastinya berganda apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) memilih untuk menyiarkan tiga filem animasi hebat yang membariskan filem Monster House (14 Jun), Kermit’s Swamp Years (15 Jun) dan Open Season (16 Jun), jam 9.30 pagi yang kesemuanya tiga hari berturut-turut di TV2 untuk dikongsi sama seluruh penonton setia salurannya.

4685401494 D78669A003 B | 3

Penonton diajak menjejak misteri menerusi filem Monster House bermula dengan permandangan misteri kawasan Monster House. Secara tidak sengaja, DJ yang ditinggalkan keluarganya yang keluar meraikan sambutan Halloween cuba untuk menjejaki siapakah jirannya yang tinggal di lorong sempit di pinggir bandar. Namun DJ tidak bersendirian dalam misinya kerana turut melibatkan sama dua teman baiknya, Chowder dan Jenny.

Untuk keluar, DJ memberikan alasan kepada nenek yang menjaganya bahawa dia mahu keluar bermain bola sepak dan berbasikal bersama teman-temannya. Ketika sedang bermain, bola yang ditendang mereka melepasi rumah ‘misteri’ itu. Ketika itu bermulalah episod penyiasatan mereka membongkar rahsia ’misteri’ pada malam Halloween itu.

Kepada peminat cilik pula disiarkan kisah katak hijau, Kermit’s Swamp Years filem popular sekitar tahun 2002 yang berkongsi kisah katak hijau dipanggil Kermit (Whitmire) sewaktu melewati perjalanan kembali ke paya ia dibesarkan. Ketika itu ia mengimbas memori lama yang pernah dilaluinya dulu di kawasan itu. Kermit, bersuara parau (Barretta), Goggles (Mazzarino) dan si tompok (Kennedy) telah di hantar oleh kelompok katak jahat ke dunia luar. Manakala doktor dan si tompok telah diculik dan ditempatkan di kedai haiwan peliharaan.

Keduanya Kermit dan Goggle telah sampai dengan dengan bantuan dari seekor anjing yang ramah dispenggil Pilgrim (Summer) untuk menyelamatkan mereka. Tetapi orang lain memiliki mata pada mereka. Konflik bertambah parah apabila muncul Dr Krassman (Hostetter) pula ingin membeli semua katak dan menggunakannya dalam pelajaran biologi.

Kisah gelagat haiwan diteruskan dengan filem Open Season membawa plot cerita kisah sejenis beruang berbulu kelabu yang boleh didapati di Amerika Utara, Boog yang hidup dalam keadaan serba sempurna namun setelah bertemu dengan seekor rusa dikenali sebagai Elliot segalanya berubah.

Elliot terkenal dengan kebolehannya bercakap selain bentuk fizikalnya yang kurus kering. Kedua-duanya bersama-sama menyertai pertandingan berburu yang menarik dengan haiwan hutan yang lain.

Open Season menggunakan khidmat suara latar aktor terkenal Martin Lawrence, Ashton Kutcher, Gary Sinise dan Debra Messing.

Justeru peminat filem-filem animasi pastikan anda meluangkan masa menonton Monster House (14 Jun), Kermit’s Swamp Years (15 Jun) dan Open Season (16 Jun), jam 9.30 pagi di TV2 yang dipilih khas menghiburkan penonton cuti penggal persekolahan ini.

4685401292 9B372Bab55 O | 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Siapa Alien? Wardina Safiyyah

Pelakon Komedi Saiful Apek Ditangkap Kerana Ganja