in

MonoloQue Lancar Muzik Video Lagu Den.Dam

Pada 26 Mei lalu, MonoloQue telah melancarkan muzik video untuk single terbaru berjudul Den.Dam di Youtube Channel CataloQue. Lagu Den.Dam’ adalah gabungan dari perkataan Dendang Dendam yang mana Budiey rasa ia sebuah lagu experimental yang telah dihasilkan dan digubah oleh loQue untuk meraikan ‘Den.Dam’ yang mereka pendam selama ini.

monoloque

Single terbaru ini telah pun bersiaran di siaran radio, dan dalam pada masa yang sama, para peminat monoloQue boleh memohon kepada radio-radio arus perdana untuk memutarkan lagu tersebut. Mereka juga boleh mendengarkan dan memuat turun lagu ‘Den.Dam’ di laman iTunes/Deezer/Spotify.

Menurut LoQue, muzik video ini sebenarnya dirancang untuk dilancarkan pada 14 April lalu, tapi terpaksa ditunda akibat terdapat kejadian mistik yang telah berlaku ketika pembikinan klip video tersebut, yang diarahkan Emir Ezwan.

Peminat juga disarankan untuk menggunakan hashtag #DenDam apabila sedang enak dibuai dengan alunan ‘Den.Dam’.

MONOLOQUE, sebuah kumpulan yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri hiburan seni tanah air. MonoloQue yang dibarisi oleh suara utamanya, Loque yang turut berkebolehan dalam memainkan pelbagai gitar dan juga piano; Ijoo ‘Gagak Hitam’ – gitar utama, Dax – bass, papan kekunci (keyboard), perkusi (percussion); Loko – penjaga rentak, dram, perkusi, suara latar; Apex – papan kekunci, gitar dan perkusi.

Apa pendapat anda dengan muzik video ini?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Introducing The Latest Innovations in Monitors

TV2 Siar Drama Bersiri Scandal