in , ,

Sensasi Duo Terbaru MJ Pertaruh Single Terbaru DELUSI

Pernah bergerak secara berkumpulan, namun takdir menentukan arah haluan MJ, untuk terus mengorak langkah sebagai penyanyi dalam industri muzik tanah air sebagai pasangan pop duo. Berbekalkan semangat baru, mereka kini tampil dengan single pertama berjudul ‘Delusi’.

MJ merupakan singkatan bagi gabungan nama pasangan duo ini iaitu Meeyo dan Joe. Meeyo atau nama penuhnya Amirul Shafiq Bin Sukor, 24 dan Muhammad Bazli Bin Zakaria atau Joe, 24 sebelum ini pernah menganggotai kumpulan Votez selama tiga tahun.

MJ Pertaruh Single Terbaru DELUSI

Tutup buku lama, buka buku baru, MJ yang kini bernaung di bawah Golden Callista Music terus bergerak ke hadapan bagi berkongsi minat mereka yang sangat mendalam dalam dunia muzik dan nyanyian serta berharap kehadiran mereka ini dapat diterima melalui karya-karya muzik mereka sejak mula ditubuhkan Januari lalu.

Single pertama mereka, ‘Delusi’ berentak muzik pop rock secara rasminya telah dimuat naik di laman YouTube Golden Callista Sdn. Bhd. pada 20 Jun 2017. Lagu ini merupakan ciptaan bersama JB dan Sharon Paul manakala liriknya pula ditulis oleh JB.

‘Delusi’ yang bermaksud mempercayai sesuatu yang tiada mengisahkan mengenai seorang lelaki yang bercinta dalam khayalannya sendiri. Suka, tapi tidak melafazkan perasaannya itu akhirnya hanya menyakitkan dirinya sendiri kerana tidak berjaya mendapatkan wanita idamannya.

Proses menyiapkan susunan lagu dan vokal bagi lagu ini memakan masa hampir sebulan sejak mereka mendapat lagu ini April yang lalu.

Karya pertama MJ ini juga merupakan buah tangan terbaru dan istimewa buat para peminat yang selama ini mengikuti perkembangan mereka khususnya.

Untitled

Profil MJ:

Meeyo
• Nama penuh: Amirul Shafiq Bin Sukor
• 24 tahun, (12 April 1993)
• Anak sulung dari dua beradik
• Asal Kuantan, Pahang
• Graduan Diploma Broadcasting & Film (KLMU)
• Menyanyi sejak umur 8 tahun
• Pernah menjadi peserta Bintang Kecil 2004 (tempat kelima)
• Merupakan finalis Uda & Dara 2012 (Astro)
• Pernah mewakili Malaysia dalam Festival Kesenian Kanak-kanak (2002-2006)
• Boleh bermain alat muzik tradisional (gamelan, cak lempong, gendang silat)

Untitled

Untitled

Joe
• Nama penuh : Muhammad Bazli Bin Zakaria
• 24 tahun, (19 Disember 1993)
• Anak sulung dari lima beradik
• Asal Kuala Lumpur, tapi menetap di Kedah selama 20 tahun
• Graduan Diploma Broadcasting & Film (KLMU)
• Menyanyi sejak Darjah 1
• Pernah menyertai nasyid, boria dan berlakon teater di sekolah
• Berdarah kacukan Melayu-Thailand
• Boleh bermain gitar dan mencipta lagu

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Faizal Hussein Cabar Diri Jadi Hos Program JEJAK REZEKI

Sinopsis Drama RAISHA Lakonan Diana Danielle & Hafidz Roshdi