in ,

Penyanyi Sufie Rashid Alami Kemalangan, Kereta Mewah Remuk Teruk

Malang tak berbau. Itu sebab kita kena beringat selalu. Penyanyi Singapura yang dulunya pernah menyertai Akademi Fantasia tahun 2015, Sufie Rashid telah terbabit dalam satu kemalangan di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Ibarat dah jatuh ditimpa tangga, penyanyi bersuara lantang itu sebelum ini telah kehilangan kereta mewah jenis BMW 335 miliknya setelah dicuri pada bulan Julai tahun lalu.

Kelmarin, kereta baru yang dibelinyan sebulan yang lalu jenis Audi S5 pula telah dilanggar oleh sebuah kereta jenis Perodua Alza yang dipandu oleh wanita berusia 43 tahun. Aduyai sabar je lah Sufi. Kejadian itu telah berlaku dalam jam 3.30 petang dan telah mengakibatkan kereta yang telah dibeli hasil titik peluh Sufie itu telah remuk teruk.

Kereta Sufie

Menurut Sufie, sedih juga hatinya apabila melihat kereta yang masih baru itu telah remuk di bahagian kanan serta tayar akibat dilanggar oleh kereta lain. Bukannya salah Sufie pun kan. Tak pe la. Bukan rezeki awak Sufie bersabar la ya.

Anggaplah ia satu hikmah di sebalik kejadian ini. Khabarnya, Sufie telah menerima lima pencalonan di Anugerah Planet Muzik 2018. Tahniah. Semoga kejayaan milik awak ya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Merdeka SAYANGI MALAYSIAKU Tawar Tiket Wayang RM10 

Misi Tumpaskan Penipuan Dalam Filem MASTER LIVE ACTION