in , ,

Misi Bantuan Banjir Suria di Bentong & Jerantut

Sebagai tanda prihatin terhadap mangsa banjir, stesen radio Suria FM mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan ‘Misi Bantuan Banjir Suria’ yang melibatkan seramai lebih 20 orang kakitangan termasuk kesemua penyampai radio Suria FM iaitu Ajak, Fizi Ali, Suraya, Cik Piah, Tyzo, Sharifah Shahirah dan DJ Lin.

Siri pertama untuk misi bantuan telah diadakan pada hari Khamis, 23 Disember lepas melibatkan dua daerah di Pahang iaitu Kampung Bukit Piatu dan Taman Harmoni di Bentong serta Kampung Bukit Dinding yang terletak di Jerantut. 

Misi Bantuan Banjir Suria di Bentong & Jerantut

Menurut Pengurus Besar Suria Fm, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), “Menerusi misi pertama ini, kami berjaya mengagihkan ‘beg bantuan Suria’ kepada lebih 100 buah rumah di sekitar Bentong juga ke Pusat Pemindahan sementara (PPS) di Dewan Bukit Dinding, Jerantut, Pahang. Kami sangat terharu kerana kebanyakan penduduk di lokasi yang terlibat merupakan Pendengar Suria FM. Mereka kelihatan sangat teruja apabila menerima kunjungan Penyampai Suria FM. Ramai yang turut bergambar dan tak kurang juga yang mengalirkan airmata sebak melihat kedatangan kami ke rumah mereka.” 

Misi Bantuan Banjir Suria di Bentong & Jerantut

“Misi pertama ini Alhamdulillah Allah permudahkan bagi membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir. Insyaallah misi ini akan kami teruskan ke lokasi yang lain pula termasuk di Lembah Klang dan penyertaan daripada syarikat korporat atau rakan-rakan penaja  amat kami alu-alukan untuk turut sama berkolaborasi dengan pihak Suria FM dalam menganjurkan misi seumpama ini. Mungkin dengan penyertaan daripada mereka, skala bantuan yang sedia ada dapat diperbesarkan dan boleh membantu lebih ramai mangsa banjir yang terlibat. 

Misi Bantuan Banjir Suria di Bentong & Jerantut

Untuk sebarang perkembangan terkini, boleh terus dengarkan Suria FM atau layari laman web suria.my dan akaun media sosial Suria Malaysia. 

Misi Bantuan Banjir Suria di Bentong & Jerantut
Misi Bantuan Banjir Suria di Bentong & Jerantut

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bantal DAG

Bantal DAG & Tuala Bernilai RM156,000 Disumbang Mangsa Banjir

Ganjaran Sehingga RM10 Juta Termasuk Sebuah Honda City Atau DJI OM 4 SE