in , , ,

MIS CLAIRE Lancar Koleksi Baju Raya Untuk Wanita Plus Size Berkonsep Retro

Tahniah buat Mis Claire yang telah melancarkan koleksi baju raya bertemakan Retro Raya. Kepada anda khususnya wanita berbadan gempal atau plus size bolehlah memilih rekaan terkini dari Mis Claire untuk digayakan di hari lebaran nanti.

Budiey percaya, ramai wanita di luar sana ingin tampil anggun bergaya di hari lebaran ini, iya kan? Yea, untuk wanita berbadan plus size juga tak terkecuali. Mereka juga nak nampak cantik jugak. Di Malaysia, jumlah wanita yang bersaiz plus saiz semakin meningkat dari semasa. Dikatakan, mengikut perangkaan, Malaysia adalah antara negara yang sangat ramai wanita berbadan besar. Jadi, tak dinafikan pasaran untuk produk pakaian busana terutama baju untuk golongan ‘comel’ ini mendapat sambutan yang luar biasa.

Namun, apa yang menjadi masalah utama bagi golongan ini adalah untuk mencari baju raya yang cantik sesuai dengan potongan badan mereka kerana rata-rata peniaga menjual baju bersaiz kecil. Kalau ada pun paling besar pun ada saiz XXL je.

VIDEO: MIS CLAIRE Lancar Koleksi Baju Raya Wanita Plus Size Berkonsep RETRO:

Kepada pembaca yang mempunyai saiz badan yang besar, jangan bermuram durja menjelang hari raya ya. Sekarang Budiey nak kongsikan satu jenama fashion yang khas untuk kita yang berbadan besar ni iaitu MIS CLAIRE.

Pada jam 3 petang tanggal 7 April 2019, Mis Claire, pengeluar pakaian dan busana wanita gempal ‘plus size’ yang popular telah memperkenalkan sebanyak tujuh koleksi terbaharu sempena Hari Raya tahun ini.

Tujuh koleksi yang Budiey maksudkan ialah Koleksi Balik Kampung, Madu Tiga, Rasa Sayang, Nostalgia Aidilfitri, Belaian Jiwa, Gemilang dan Getaran Jiwa. Setiap koleksi mempunyai rekaan potongan dan keunikan tersendiri selain dari keselesaan dengan pilihan fabrik yang bermutu.

Seperti tahun sebelum ini, MIS CLAIRE mengetengahkan baju kurung moden dan baju kebaya. Untuk tahun ini, konsep retro diperkenalkan. Setiap gaya disuntik dengan elemen retro menghasilkan gaya ala-ala zaman kegemilangan pop yeh yeh atau zaman dulu-dulu.

[LIVE] Fashion Show Baju Raya Wanita Plus Size Jenama MIS CLAIRE

Harga Mampu Milik

Harga yang ditawarkan adalah mampu milik bermula dari RM65 sehingga RM200. Koleksi raya ini akan mulai dijual bermula pertengahan April. 2019 Cara pembelian, anda boleh membeli secara online di www.misclaire.com dan datang sendiri ke butik yang terletak di Petaling Jaya.

Penghantaran selamat, segera dan pembeli dibenarkan untuk menukar sekiranya tidak berpuas-hati. Pertunjukan kali ini menampilkan model yang terdiri dari saiz XL hingga 7XL dari 155cm hingga 180cm. \

Dengan menggunakan pelbagai saiz model, Mis Claire memberi pandangan yang realistik mengenai kelengkapan wanita plus size dan juga kehendak pembeli dengan pelbagai pilihan. Pastinya nanti anda semua akan rambang mata tak tahu mana satu nak pilih sebab warna dan juga koleksi tu semuanya menarik perhatian.

Pertunjukan ini pastinya akan memberi peluang kepada pelanggan untuk melihat koleksi pilihan mereka.

Alamat Butik:

57 (Ground Floor), Jalan ss23/15,

Taman SEA, 47400 Petaling Jaya,

Selangor, Malaysia.

Boutique: 12pm – 8pm (Tutup pada hari Ahad)

Email : [email protected]

Tel : 03-78876008

Social Media:

Facebook :  @plussize.misclaire

Main Instagram @plussize_misclaire

Boutique Instagram @misclaire.boutique

#retrorayaMC

DFKL 2019
DFKL 2019
DFKL 2019
DFKL 2019
DFKL 2019
DFKL 2019
DFKL 2019
DFKL 2019
DFKL 2019
DFKL 2019
DFKL 2019

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fattah Amin Lancar Baju Melayu & Kurta Jenama FATTASTIC RAYA BY FATTAH AMIN

Bazar Ramadan di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park