in , ,

Fattah Amin Lancar Baju Melayu & Kurta Jenama FATTASTIC RAYA BY FATTAH AMIN

Pada 6 April 2019/ 30 Rejab 1440, Budiey telah menghadiri Majlis Pelancaran Baju Melayu dan Kurta berjenama FATTASTIC RAYA BY FATTAH AMIN yang berlangsung di The Ritz Carlton Kuala Lumpur. Tahniah buat Fattah Amin!

KSelepas mencatat deretan kejayaan dalamlaluan seninya, pelakon dan penyanyi, Fattah Amin meneroka lembaran baru dalam kerjayanya dengan melancarkan jenama pakaiannya sendiri, Fattastic.

Koleksi sulung jenama Fattastic iaitu Fattastic Raya yang dihasilkan khas untuk Hari Raya Aidilfitri 2019/1440H telah diketengahkan kepada umum melalui satu majlis pelancaran dan pertunjukkan fesyen yang telah diadakan di Banquet Hall, Aras 3, Hotel Ritz-Carlton Kuala Lumpur pada petang ini. Perasmian telah dibuat oleh Fattah Amin selaku pengasas jenama tersebut.

Fattastic Raya menampilkan koleksi premium terdiri dari Baju Melayu moden dan kurta yang diilhamkan dari citarasa pemakaian Fattah Amin menitikberatkan identiti budaya Melayu dan mengekalkan elemen penting Baju Melayu tetapi mengenengahkan perincian fesyen moden menggunakan material premium berkualiti tinggi.

Baju Melayu Fattastic ditawarkan dalam 9 warna menarik manakala 5 pilihan kurta dengan rekaan unik ditawarkan kepada para peminat.

Koleksi Baju Melayu Fattastic Raya dijahit dengan potongan moden-fitdan mempunyai butang praktikal di lengan yang memudahkan pergerakan selesa si pemakai dalam pelbagai situasi.

Satu perincian khas adalah penggunaan butang di poket depan yang jika dilihat secara dekat mempunyai tiga perkataan Fattastic.

Baju Kurta Fattastic Raya pula dihasilkan dari material kapas premium dijahit dengan potongan longgar dengan butang Fattastic di sisi lengan yang boleh digayakan dengan lengan jatuh sepenuhnya atau lengan dilipat naik serta sesuai dipakai untuk majlis rasmi atau santai.

Koleksi Fattastic Raya by Fattah Amin ini adalah terhad dan boleh didapati secara pra-tempahan bermula pada 15 April 2019 dan pembeli awal akan menerima hadiah istimewa Fattastic yang akan membuatkan lebaran tahun ini lebih berseri.

Koleksi sulung jenama Fattastic ini adalah dibawah naungan syarikat fesyen Fazbulous.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

[VIDEO] Isu FFM30, Fazura Alu-alukan Hans Berkongsi ‘Friendly Message’ Kepada Umum

MIS CLAIRE Lancar Koleksi Baju Raya Untuk Wanita Plus Size Berkonsep Retro