in , ,

Mira Filzah Tampar Zul Ariffin dalam Filem SANGKAR

Bakal muncul dengan filem Sangkar yang menemui penonton bermula 29 Ogos ini, Mira berkata, masih banyak yang perlu diperbaiki, apatah lagi produksi arahan Kabir Bhatia itu adalah lakonan pertamanya di layar perak.

“Saya tidak tertekan dengan pelbagai kritikan yang dilemparkan warganet. Mereka bebas berkata apa sahaja dan semua itu di luar kawalan saya.

“Boleh sahaja saya membidas semula setiap kecaman yang dilemparkan, tetapi untuk apa? Sebagai selebriti, saya perlu bijak mengawal emosi dan tidak menggunakan media sosial untuk menonjolkan pengaruh tidak baik,”

– Mira Filzah

Seiring populariti yang diraih, Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 26, akur ada harga yang perlu dibayar apabila berada pada tahap itu.

“Pasti ada yang senang, tidak kurang yang cuba mencari dan mencungkil kelemahan serta kesilapan kita. Serangan itu semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

“Setiap orang mahu memberikan pendapat dan menegakkan pandangan mereka. Saya bagaimanapun, tidak mahu terlalu memikirkan pandangan orang lain, terutama mereka yang hanya mencari kelemahan dan kesilapan.

“Apa yang lebih penting adalah menjaga hati dan perasaan kedua-dua orang tua. Mereka sentiasa memerhati setiap pergerakan dan tindak-tanduk saya. Itu yang saya jaga kerana tidak mahu perbuatan saya mengguris perasaan mereka,”

– Mira Filzah

pelakon Mira Filzah yang berhasrat menambah baik mutu lakonannya dalam filem seterusnya.

Menurut Mira, dia berdepan dengan jadual seni yang padat ketika menjalani penggambaran Sangkar.

“Kalau penonton tengok riak wajah saya dalam Sangkar, boleh nampak wajah saya kelihatan sedikit penat.

“Jika diberi peluang untuk menjalani penggambaran sekali lagi, saya mahu lakukannya,”

“Benda ini di luar jangkaan saya. Kita dah atur yang baik. Ini merupakan filem pertama yang saya menjalani penggambaran sebelum saya masuk ke set filem Rise Ini Kalilah.

“Secara jujurnya, filem ini sangat baik,”

– Mira Filzah

Tambah Mira yang memegang watak sebagai adik kepada aktor, Remy Ishak, dia selesa dengan watak dalam filem ini.

“Watak saya seorang gadis biasa yang berdepan dengan konflik keluarga. Nak cakap mencabar, tidak juga.

“Saya senang sekali bekerjasama dengan pengarah hebat, Khabir Bhatia manakala Zul dan Remy sememangnya profesional dan mudah untuk berlakon bersama,” tambahnya.

“Saya nyaris tidak dapat berlakon kerana tawaran itu datang ketika jadual kerja sangat padat. Apabila melihat hasilnya, banyak kekurangan yang saya lihat dan perlu diperbaiki.

“Antara kelemahan yang saya kenal pasti dari segi mendalami emosi dan watak, malah wajah saya juga agak lesu. Ketika itu, saya terkejar-kejar, memandangkan turut terikat dengan komitmen lain.

“Insya-Allah, jika ada peluang lain di layar perak, saya berusaha untuk memberikan mutu kerja yang lebih baik,”

– Mira Filzah

Tampar Zul Ariffin Enam Kali, Ini Komen Mira Filzah

Pelakon popular, Mira Filzah telah menampar aktor Zul Ariffin sebanyak enam kali dalam sebuah babak lakonan terbaru mereka menerusi filem Sangkar.

Menurut Mira, dia harus berbuat demikian kerana ia merupakan kehendak skrip dan jalan cerita dalam filem terbabit.

“Saya tampar Zul sebanyak enam kali dalam sebuah babak filem ini, saya harus lakukan untuk mengikut kehendak skrip dan penceritaan.

“Saya memang tampar betul-betul, bukan main-main, tapi saya rasa setakat tamparan saya, Zul tak rasa apa-apa,

– Mira Filzah

Mira berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran filem Sangkar di Petaling Jaya pada Selasa.

Dalam pada itu, Mira menambah, dia berasa seronok bekerjasama dengan Zul, Remy Ishak dan pengarah Khabir Bhatia sepanjang pembikinan filem terbabit.

“Saya rasa seronok bekerjasama dengan Zul, Remy dan Khabir Bhatia sepanjang penggambaran filem ini.

“Khabir Bhatia merupakan seorang pengarah yang sangat teliti manakala Zul dan Remy sememangnya profesional dan mudah untuk berlakon bersama
,”

– Mira Filzah

Sangkar telah melakar sejarah dalam industri perfileman tanah air kerana diterbitkan oleh empat syarikat perfileman tempatan iaitu Infinitus Gold, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem yang menampilkan aksi sukan seni bela diri (MMA) ini, ia bakal menjengah pawagam di seluruh negara serta Singapura dan Brunei bermula 29 Ogos ini.

Dalam filem yang diterbitkan hasil kerjasama empat syarikat iaitu Infinitus Gold, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment, Mira membawa watak sebagai jururawat yang juga adik kepada Remy Ishak.

Sangkar telah melakar sejarah dalam industri perfileman tanah air kerana diterbitkan oleh empat syarikat perfileman tempatan iaitu Infinitus Gold, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

O-MI! Rebut peluang untuk makan malam Bersama Alvin Chong!

Vanidah Imran | 23

Your Merdeka Watchlist Is About To Heat Up!