in ,

O-MI! Rebut peluang untuk makan malam Bersama Alvin Chong!

Kita semua pernah mendengar istilah ‘blind dates’ – iaitu suatu idea untuk berkenalan dengan rakan baru serta mengenali seseorang yang kita tidak pernah kenal sebelum ini.

Ingatkah anda sewaktu ketika dahulu yang mana berkenalan dengan rakan baru merupakan suatu yang amat mudah, hanya dengan sapaan serta teguran secara rawak? Namun, masa sememangnya sudah berubah dan di dalam era yang terdedah kepada rangkaian media sosial, berkenalan dengan rakan baru secara online mungkin memerlukan banyak kesabaran yang gigih,namun ianya amat mudah untuk dilakukan.   

Omi, satu aplikasi online untuk bertemu dengan kenalan baru, telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini. Aplikasi yang menawarkan persekitaran sebenar dan selamat, fokus kepada para pengguna Melayu, juga ianya disokong dengan sistem bantuan pelanggan tempatan. Ianya juga telah berjaya mendaftarkan ribuan pengguna yang sah setiap hari yang fokus kepada pengguna Melayu.

Omi menekankan tentang aspek keselamatan, spam serta bebas profil palsu, ini juga fokus untuk menyediakan para penggunanya dengan padanan yang berkualiti dan bukan menitikberatkan tentang kuantiti. Namun, ianya lebih mementingkan aspek untuk membantu para pengguna untuk mencari rakan baru yang berkualiti.

Alvin Chong, seorang penyanyi dan pelakon popular di kalangan kaum Melayu di Malaysia kini sedang mencari kenalan baru. Beliau akan menemui lima pemenang bertuah yang akan berpeluang untuk menemuinya sambil makan malam di sebuah restoran yang indah di sekitar Lembah Klang.

 “Saya amat teruja setiap kali berkenalan dengan rakan baru. Kita semua mempunyai pengalaman hidup yang berguna untuk kita semua pelajari. Saya berasa amat selamat menggunakan aplikasi Omi malah ianya juga mempunyai para pengguna yang ekskusif dan berkualiti,” kata Alvin.   

Omi akan mengaturkan sebuah sesi beramah mesra bersama Alvin yang mana 5 orang pemenang bertuah akan dipilih untuk makan malam bersama Alvin di sebuah restoran yang tersohor di Lembah Klang. Para peserta hanya perlu mendaftar profil mereka melalui aplikasi Omi, mereka perlu mencari profil Alvin dan seterusnya menulis mesej dorongan yang positif untuk berpeluang memenangi hadiah tersebut. Peraduan akan bermula pada 18hb Ogos sehingga 23hb Ogos ini. Para pemenang akan diumumkan melalui laman Instagram Alvin pada 24hb Ogos nanti.

“As a celebrity, we are very honoured to have Alvin as one of our users and that we would like to support and help him find new and quality friends through our application,” said by Brian Lin, Founder of Omi.

“Kami amat berbesar hati apabila mengetahui selebriti seperti Alvin juga sudi menjadi salah seorang pengguna kami dan kami akan membantu dan menyokongnya untuk mencari rakan baru yang berkualiti menerusi aplikasi kami,” kata Brian Lin, Pengasas Omi.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai aplikasi Omi serta peraduan ini, sila layari  laman sesawang khas di http://Omi.sg atau dengan memuat turun aplikasi tersebut melalui Google play dan App store. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fitbit Collaborates with Singapore’s Health Promotion Board

Mira Filzah Tampar Zul Ariffin dalam Filem SANGKAR