in ,

Minta Perhatian! Awas Penipuan Menggunakan Jenama BigPay, Hati-Hati Gais!

BigPay ingin memberi amaran kepada semua ahli BigPay dan orang awam mengenai penipuan berleluasa yang melibatkan penyamaran sebagai kakitangan syarikat, mewakilili syarikat atau syarikat berkaitan BigPay untuk menawarkan hadiah berupa wang tunai yang hanya boleh dituntut setelah menerima maklumat peribadi seperti PIN Kata Kunci Sekali Sahaja (OTP) dari penerima panggilan.

Kami ingin menjelaskan dan menasihatkan orang awam untuk tidak berkongsi sebarang maklumat sulit seperti kata laluan, OTP dan nombor kad pengenalan kepada sesiapa sahaja melalui sebarang panggilan telefon atau mesej yang mungkin diterima terutamanya dari aplikasi sembang seperti WhatsApp.

BigPay ingin menekankan bahawa syarikat dan kakitangannya sama sekali tidak mempunyai penglibatan dengan amalan penipuan ini dan tidak pernah melakukan permintaan sedemikian. BigPay tidak mempunyai akaun perniagaan WhatsApp rasmi dan tidak berkomunikasi dengan penggunanya melalui mana-mana aplikasi sembang. Semua pengumuman rasmi BigPay akan diumumkan di laman rasmi BigPay dan media massa. 

Selain itu, BigPay juga telah mengukuhkan aspek keselamatannya dengan melaporkan nombor-nombor WhatsApp yang dipakai oleh penipu ini kepada pihak berkuasa. BigPay juga bekerjasama dengan pihak berkuasa termasuk Bank Negara Malaysia dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman untuk membanteras penipuan ini. BigPay juga telah melatih sistem pembelajaran mesinnya untuk mengesan atau memberi amaran terhadap tingkah laku penipuan, menyekat akaun BigPay oleh penipu secara sistematik, serta memperkukuhkan syarat penetapan kata laluan dengan menambah ciri pengesahan dua langkah dan terus menambah baik ciri-ciri sedia ada untuk melindungi pengguna BigPay. Untuk maklumat lanjut, sila layari blog BigPay di sini

BigPay tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu atau kumpulan yang menggunakan jenama airasia untuk melakukan penipuan atau kecurian identiti.

Jika ada keraguan, sila laporkan penipuan yang disyaki menggunakan jenama BigPay dan airasia melalui saluran komunikasi rasmi BigPay seperti berikut: 

Laman web: www.bigpayme.com
Twitter: www.twitter.com/bigpaymeapp
Instagram: www.instagram.com/bigpayme
Facebook: www.facebook.com/bigpaymalaysia

Orang ramai diingatkan bahawa BigPay tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan berikutan penipuan ini yang tidak melibatkan kakitangan rasmi syarikat. 

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

7 Tips & Petua Yang Boleh Anda Amalkan Untuk Kempiskan Perut Semasa PKPB

Filem BIKIN FILEM Ditayangkan di Astro First Mulai 5 November 2020