in ,

7 Tips & Petua Yang Boleh Anda Amalkan Untuk Kempiskan Perut Semasa PKPB

Semasa pandemik Covid-19 yang semakin meruncing ini, sudah tentu kita dinasihatkan sentiasa berada di rumah. Ini membuatkan pergerakan kita terbatas dan masa banyak diluangkan dengan duduk di sofa menonton TV atau bermain games tanpa bersenam. Ini menjadikan perut kita semakin buncit. Nah! Ini ada petua dan amalan untuk korang yang mahu kurus!

Alamak! Macam mana ni, semua baju dengan seluar semua dah tak muat ni?

Ha..korang mesti selalu hadapi situasi begini kan? Kami ada jalan penyelesaian buat korang yang sedang berusaha mengempiskan perut buncit selain nak turunkan berat badan juga.

Ikuti petua ini dan sentiasa mengamalkannya untuk kempiskan perut buncit korang. Selamat mencuba!

Minum Air Limau

  • Caranya senang sahaja dengan minum air limau setiap kali bangun pagi dan juga selepas makan
  • Kelebihannya adalah untuk menyahtoksik hati kerana hati yang tidak cekap akan menyebabkan lebihan lemak akan terbentuk di bahagian pinggang

Minum Teh halia

  • Selain untuk membuang angina dari badan, ia juga berkesan untuk membantu percernaan semulajadi badan.
  • Kelebihan halia untuk membuang angin dari badan
  • Ia dapat meningkatkan suhu badan dan bertindak untuk membakar lemak dengan lebih efisien terutamanya pada bahagian perut

Makan Ikan Salmon

  • Untuk yang mengamalkan diet, korang boleh makan ikan salmon sekurang-kurangnya 2 kali seminggu
  • Khasiatnya yang mengandungi omega-3 ini dapat membantu memecahkan lemak dan mengurangkan penyimpanan lemak di perut buncit korang
  • Bagi yang vegetarian, korang boleh gantikan dengan minyak ikan sebagai ganti omega-3 itu

Kurangkan Pengambilan Gula

  • Kalau boleh kurangkan pengambilan gula atau tidak mengambil langsung gula
  • Ini untuk mengekalkan tahap insulin pada tahap yang rendah setiap masa untuk meningkatkan penghasilan glucagon iaitu sejenis hormone yang dapat mengempiskan perut

Dapatkan Tidur 6-8 Jam Sehari

  • Tidur yang cukup boleh memastikan sistem saraf, pengeluaran hormone dan metabolisme korang berada di tahap optimum dan dapat lakukan kerja dengan lebih bertenaga dan juga otak korang berfungsi dengan cerdas

Tingkatkan Metabolisme

  • Cara nak tingkatkan kadar metabolisme adalah dengan cara meningkatkan pengambilan protein dengan mengambil soya, kacang dan daging tanpa lemak
  • Selain itu, korang juga boleh makan buah manga afrika (Irvingia gabonensis) kerana ia dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. Tapi sedikit masam ya!

Guna Aplikasi Senaman Di Mobile App

  • Sekarang ini banyak aplikasi untuk menguruskan badan tanpa perlu ke gym. Jadi korang boleh guna aplikasi yang bagus untuk buat senaman mengempiskan perut. Tinggal perlu cari aplikasi senaman yang korang nak saja.

Haa…itu antara petua yang boleh diamalkan untuk mengempiskan perut buncit korang semasa PKPB ni. Jadi, tak adalah mengeluh sebab baju dengan seluar tak muat lagi.

Selamat mencuba korang!

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pandemik Covid-19, Operasi Pawagam Seluruh Negara Akan Ditutup November Ini

Minta Perhatian! Awas Penipuan Menggunakan Jenama BigPay, Hati-Hati Gais!