in

Minggu Setiausaha Krisdayanti di Hotel The Royale Chulan Damansara

Pada 16 April ini, penyanyi Krisdayanti akan menghiburkan tetamu dan peminatnya di Hotel The Royale Chulan Damansara di persembahan Minggu Setiausaha yang bertemakan di Taman Bintang… A tribute to Secretaries. Jamuan makan tengahari ini merupakan kali kedua The Royale Chulan Damansara meraikan Minggu Setiausaha.

Jamuan yang akan berlangsung di Mutiara Grand Ballroom ini akan dikendali oleh pengacara serba boleh, Dee. Selain sajian makanan yang terbaik dan menyelerakan, hadiah menarik turut menanti untuk dibawa pulang oleh tetamu.

Krisdayanti

KD menjelaskan beliau selain mendendangkan rangkaian lagu popular sendiri turut akan menyanyikan lagu artis tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah dan Datuk M Daud Kilau.

“Saya akan mendendangkan sekitar 17 buah lagu. Termasuk lagu Datuk M Daud Kilau seperti Cek Mek Molek, Joget Kelantan dan Laksamana Raja Di Laut. Lagu Dayang Nurfaizah, Di Pintu Syurga menjadi pilihan saya selain lagu Datuk Siti Nurhaliza berjudul Cindai.”

Acara berkenaan difahamkan sudah mendapat sambutan yang begitu hangat sehinggakan belum saja diadakan majlis sidang akhbar, tiket sudah hampir separuh dijual. Ganjaran hadiah yang bakal diraih tetamu dan peminat nanti juga sangat lumayan.

Antaranya tiket penerbangan pergi balik ke New York, London dan Tokyo hasil sumbangan penaja utama Emirates. Kalung dan shawl sumbangan Demiane dan dua set sofa sumbangan Fella Design.

Harga tiket untuk menyaksikan persembahan ialah RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 (untuk satu meja); RM500 (perseorangan); RM150 dan RM120 (galeri/perseorangan). Bagi peminat yang ingin menyaksikan persembahan KD boleh mendapatkan tempahan meja atau kerusi dengan menghubungi talian 03-79599190 atau e-mel kepada [email protected] trcd.com.my.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Video Ucapan Upin & Ipin Happy Chinese New Year 2015

Sarimah Ibrahim Sah Cerai Talak Tiga