in ,

Ini Cara Berjumpa Dengan Pakar Psikiatri Buat Mereka Yang Alami Masalah Kemurungan

Semenjak pandemik Covid-19 melanda Malaysia, ramai daripada kita yang kehilangan kerja dan menghadapi masalah kewangan. Situasi ini secara tidak langsung memberi kesan buruk kepada kesihatan mental.

Malah, laporan juga menunjukkan Talian Kasih menerima peningkatan 57% panggilan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. Perkhidmatan ini menerima hampir 2,000 panggilan berkenaan isu kanak-kanak dan penderaan domestik semenjak PKP berlangsung pada tempoh hari.

Pernahkah anda berasa kosong dan tiada hala tuju dalam kehidupan? Kadang-kala nak makan pun tiada selera, walhal perut sudah berbunyi meminta agar diberikan makanan.

Pernahkah anda berasa sunyi dan tiada tempat meluah? Walhal masalah yang ada dalam kepala terlalu berat dan hanya menunggu masa untuk ‘meletup’.

Pernahkah anda terfikir untuk membunuh diri? Walhal anda tahu perbuatan membunuh diri itu adalah dilarang dari sisi agama dan undang-undang.

Jangan khuatir, tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian. Anda tidak keseorangan di dalam dunia ini, masih ada mereka yang peduli tentang anda.

Jika difikirkan semula, sebenarnya anda masih sayangkan diri sendiri dan cuba untuk berubah jika anda sedang membaca artikel ini. Jika tidak, mungkin anda sekarang sedang berkurung di dalam bilik dan hanya memandang kipas berputar sehingga terlelap.

Untuk mendapatkan bantuan pakar dengan harga yang murah dan berpatutan, anda boleh menggunakan khidmat klinik kerajaan.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda buat:

(1) Pergi ke klinik kesihatan kerajaan dan beritahu anda mahu buat ujian DASS (Depression Anxiety Stress Scale). Bayaran RM1 mungkin akan dikenakan untuk tujuan pendaftaran.

(2) Tunggu sehingga keputusan ujian keluar, kebiasaannya hanya memakan masa beberapa minit sahaja. Jika keputusan ujian DASS anda teruk, doktor akan keluarkan surat rujukan untuk anda dapatkan rawatan lanjut di hospital kerajaan.

(3) Jika ianya adalah kes kecemasan (cubaan bunuh diri misalnya), anda mungkin akan dirujuk dan dirawat dengan sepantas yang mungkin.

(4) Pergi ke hospital yang dirujuk dan tunjukkan surat anda. Bayaran RM5 untuk setiap sesi kaunseling bersama pakar psikiatri akan dikenakan.

(5) Kebiasaannya, anda akan dikenakan beberapa sesi kaunseling dan diberikan ubat, sehingga keadaan mental anda pulih.

Dapatkan Bantuan Dengan Segera

Bagaimanapun, seeloknya anda telefon dahulu klinik kesihatan kerajaan yang berdekatan untuk maklumat lebih lanjut. Mungkin anda perlu membuat tempahan temu janji memandangkan keadaan sekarang yang sibuk dan ramai pesakit.

Harus diingat, dapatkan bantuan pakar jika anda betul-betul memerlukan bantuan. Jangan pula anda pergi buat ujian DASS dengan niat hanya untuk berseronok dan tayang keputusan ujian di media sosial. Masih ramai lagi di luar sana yang memerlukan bantuan namun tidak berpeluang.

Siapa lagi nak sayang kita jika bukan diri sendiri kan? Semoga anda yang sedang menghadapi masalah diberikan ketengan dan kemudahan dalam hidup. Kita jaga kita.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Cikgu Sekolah & Pelajar Kolej Dakwa Jadi Mangsa, Polis PJ Akan Tahan Da’i Syed

Berikut Adalah Koleksi JLo Beauty Yang Bakal Bertemu Kita Tahun 2021 Nanti