in

Mila, Zahid, Syawal di Karnival Sukaria Ceria! 2009

KARNIVAL SUKARIA CERIA! 2009 

Pada | 29 Mac 2009

Hari | Ahad

Masa | 11 – 1 petang

Tempat | Pusat Equestrian Bukit Kiara, WP Kuala Lumpur    

Astro Ceria dengan bangganya mempersembahkan Karnival Sukaria Ceria! 2009. Pelbagai aktiviti menarik telah diatur sepanjang berlangsungnya karnival ini seperti Peraduan Pakaian Beragam, Permainan Sukaneka dan banyak lagi. Pelbagai hadiah menarik bernilai hampir RM200,000 menanti para pemenang antaranya ialah kereta Naza Citra 2.0 (A) GS, hamper barangan permainan, set permainan Sony PlayStation 3, PlayStation mudah alih, basikal dan komputer riba. 

Beramah mesra bersama selebriti seperti Abang Zoey, Mat Kacau serta barisan pelakon siri Kapten Boleh dan Hikayat Putera Shazlan. Persembahan oleh artis dan bintang-bintang Akademi Fantasia kesayangan ramai seperti Mila, Zahid, Syawal, Rizal, Dina dan Farah Ashikin 

Ayuh, jangan ketinggalan untuk sama-sama memeriahkan karnival yang akan berlangsung kelak!

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Karnival Pembelajaran Untuk Kanak-Kanak Astro

Gambar Sekitar Ujibakat Mentor Lah Ahmad dan Adibah Nor