in ,

Karnival Pembelajaran Untuk Kanak-Kanak Astro

Astro anjur Karnival Pembelajaran untuk Kanak-Kanak

Sejajar dengan hasrat Astro untuk menyediakan rakyat Malaysia dengan maklumat pendidikan bertaraf dunia serta pengalaman pembelajaran sepanjang hayat, Astro telah merancakkan pengalaman cuti sekolah dengan penganjuran Karnival Pembelajaran Kampus Astro. Karnival ini telahpun berlangsung pada 21 dan 22 Mac, dari jam 10 pagi hingga 4 petang di Pusat Sains Negara.

Kemasukan adalah percuma untuk semua pelanggan Astro dengan hanya membawa penyata bil Astro terbaru untuk pengesahan. Setiap pelanggan akan menerima lima kemasukan percuma bagi setiap penyata bil.

Pelbagai aktiviti menarik diaturkan bagi merancakkan lagi Karnival Pembelajaran Kampus Astro terutamanya untuk kanak-kanak termasuk pembabitan dari saluran-saluran Astro seperti Astro TVIQ, National Geographic Channel, The History Channel dan Discovery Channel.

Karnival pembelajaran menjemput penglibatan kanak-kanak yang hadir dengan pelbagai permainan menarik seperti cabaran The History Channel ‘Rubic Cube’ dan ‘The Genius’, demonstrasi dari Astro TVIQ, dan aktiviti –aktiviti Discovery Channel ‘How Stuff Work’ serta National Geographic Channel ‘Big Blues’. Aquaria KLCC juga mengambil bahagian dalam karnival pembelajaran ini dengan menganjur permainan seperti ‘Pin the Shark’s Tail’. Para pengunjung juga dapat membawa pulang pelbagai hadiah dan barangan menarik di karnival ini!

Pada masa yang sama, kanak-kanak juga berpeluang untuk melihat demonstrasi pengacara Discovery Channel ‘Fight Quest’ Jimmy Smith dan Doug Anderson menunjukkan pergerakan seni mempertahankan diri (martial arts) yang menakjubkan, serta bertemu dengan maskot Aquaria KLCC– Mr. Jerung dan seorang penyelam yang berkongsi pengalamannya semasa melakukan aktiviti menyelam.

Discovery Channel juga menganjur bengkel khas untuk wanita bersama dengan pengacara ‘Fight Quest’ Jimmy Smith dan Doug Anderson untuk mempelajari cara-cara seni mempertahankan diri yang mudah dan efektif.

Kanak-kanak yang berminat untuk mengambil bahagian dalam acara-acara yang lebih menarik dan aktiviti pembelajaran juga boleh menyertai Kem Sains Astro yang diadakan di Pusat Sains Negara yang berjalan serentak dengan karnival.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabil at Cantumas Travel Café’s Ladies Nite

Mila, Zahid, Syawal di Karnival Sukaria Ceria! 2009