in

Mila Jirin Berundur Dari MC Voices & Stars

Setelah lebih setahun menjadi ahli lembaga pengarah MC Voices & Stars Sdn Bhd (“MCV”), Noorsyarmilla binti Jirin atau lebih dikenali dengan Mila Jirin (Juara AF5), telah membuat keputusan berundur dari syarikat ini yang ditubuhkan bersama dengan rakan niaganya, En Bernard Cheah. 

MC Voices & Stars Sdn Bhd ditubuhkan pada asalnya untuk membantu membangunkan kerjaya Mila khususnya, dan selain menjadi syarikat yang menguruskan perniagaan di dalam industri hiburan. Pengunduran ini dibuat atas kehendak beliau sendiri kerana mahu lebih fokus mengendalikan syarikat beliau yang baru iaitu LuvMila Corporation untuk mengelakkan konflik kepentingan di antara syarikat (conflict of interest).

Dengan kuputusan Mila ini, MC Voices & Stars Sdn Bhd akan membuka peluang lebih luas kepada artis- artis lain selain daripada menjana perniagaan sebagai pelabur secara usahasama dengan syarikat-syarikat yang mengendalikan perniagaan dalam bidang acara atau hiburan yang lain.   

“Syarikat kami tidak akan ditutup hanya kerana hal ini, malah kami ingin dan akan terus bekerjasama dengan lebih ramai lagi rakan kongsi atau artis yang ingin mencari peluang untuk berjaya di dalam bidang ini. Cuma kami akan lebih berhati-hati dengan rancangan perniagaan supaya mendapat hasil yang lebih positif di masa akan datang,” kata Bernard Cheah.

Dalam masa yang sama, MC Voices & Stars akan terus berkerjasama dengan pihak MAESTRO untuk album Mila yang kedua yang bakal diedarkan tidak lama lagi termasuk beberapa lagu yang telah dirakamkan oleh syarikat tersebut sebelum ini.

Antara lagu-lagu milik syarikat tersebut telah di tulis oleh komposer-komposer terkenal  seperti Ajai dan  Azmeer, manakala pengarah musik terkenal negara,  Ramli MS juga terlibat sebagai produser untuk dua buah lagu di dalam album itu nanti.     

“Seperti yang dijanjikan, kami akan tetap meneruskan kerjasama dengan MAESTRO kerana kami telah membuat sejumlah pelaburan keatas album Mila yang baru ini, jadi seharusnya kami mencari peluang untuk mendapat keuntungan daripada pelaburan ini. Namun peluang akan juga dibuka kepada artist-artis dan syarikat-syarikat lain di masa akan datang,” kata beliau lagi.

Dalam meneruskan minat beliau di dalam perniagaan industri hiburan tempatan dan Singapura, En Bernard Cheah juga telah melabur dan menjadi rakan niaga utama bagi syarikat terkenal, Nova Music & Entertainment yang memegang hak pengedaran lagu-lagu digital dan album dari MAESTRO Records, KRU Studios, Warner Music, dan Sony Music di Malaysia dan di Singapura.

Budiey: Terkilan bila kawan kita dah tak dapat bersama kita, temani kita… tapi rasa terkilan tu tak lama kerana kita perlu ada rasa terbuka untuk melepaskan dia pergi untuk selamanya, pandang ke hadapan, usah toleh lagi ke belakang…. kerana langkah ini semakin jauh. Bukankah segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

7 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Azizah Ariffin Pengacara Kes Syariah di TV9

Imran Ajmain Rakam Lagu Bersama Nabil & Diana Danielle