in ,

Mila Jirin Belajar Tulis Lirik Untuk Album Terbaru

Pada 27 Januari 2011 lalu, Erama Records dan MJ Panacea Records telah mengadakan Majlis Perasmian, Pelancaran dan Sidang Media Album Mila Jirin di Matic Kuala Lumpur, Mini Auditorium jam 7.30 malam dengan kerjasama Erama TV, Matic, Luvmila Corporation Sdn Bhd & Mamee.

MILA – ALBUM TERBARU ‘MILA JIRIN’ Alhamdulillah Kejayaan demi kejayaan yang diperolehi setelah 4 tahun di dalam industri hiburan telah memberikan semangat kepada beliau untuk terus menghasilkan produk-produk muzik yang terbaru buat peminat-peminat dan melebarkan sayap lagi di dalam industri muzik tanah air.

Kemunculan “MILA JIRIN” bakal memberi satu perspektif baru kepada penyanyinya yang versatile dalam membawa berbagai genre muzik. Album ini berkonsep Pop Moderate melalui gabungan genre muzik masa kini, telah diterbitkan oleh MJ Panacea Records Sdn Bhd dengan kerjasama Erama Records Sdn Bhd.

cover album mila jirin

Album “MILA JIRIN” melibatkan secara langsung pembabitan Mila dalam penerbitan penuh album ini dan bekerjasama dengan komposer-kompser hebat tanahair seperti Ajai, Aidit Alfian, dan Amir (3A) yang sememangnya karya-karya mereka telah memenangi pelbagai anugerah-anugerah yang besar di Malaysia.

Mila Jirin kali ini menampilkan muzik dan kelantangan vokal dalam pelbagai genre. Mila yang amat berpuas hati dengan komitmen komposer,penerbit album kali ini amat berharap agar AMJ akan dapat meneruskan perjuangan karier seninya dengan lebih gemilang. Kualiti menjadi keutamaan dalam semua aspek penerbitan album ini termasuk menggunakan ‘live strings’ bagi 5 lagu utama didalam album ini.

Album “MILA JIRIN” menampilkan lagu-lagu hebat seperti BEBAS, MALU-MALU, LUAHAN HATI, KATA HATI, KASIH YANG TERDAMPAR. BEBAS adalah antara lagu yang akan berkumandang di corong-corong radio tidak lama lagi.

cover album mila jirin

Sebagai Bonus, album ini juga memuatkan 3 lagu yang telah disusun aturkan muziknya dan diberi nafas baru iaitu Aku Lebih Tahu Remix, La Ober, dan Siapa Tak Perlu Cinta. Album MILA JIRIN ini dibuat penyesuaian kepada beberapa bentuk penerbitan seperti Cakera padat, videoklip, Muat turun secara digital dan Kad Prabayar Digital yang pertama di Malaysia di bawah Erama Records.

Kad prabayar digital ini berfungsi untuk mendapatkan muat turun lagu Mila Jirin terus dari web portal www.erama.tv ke dalam komputer peribadi.
Album terbitan MJ Panacea Records Sdn Bhd dan Erama Records Sdn Bhd ini akan diedarkan oleh E-Rama muat turun di telco seperti DIGI, MAXIS, U-MOBILE dan E-Rama.tv sendiri.

cover album mila jirin

ALBUM MILA JIRIN – MILA
Album Mila Jirin ini menggabungkan genre muzik masakini. Turut diserikan dengan penggunaan susunan muzik berkonsep band, elektronik fusion, di samping kolaborasi bersama barisan komposer popular masa kin .

  1. The Best Of Mila 2007
  2. Persis Mutiara 2007
  3. Persis Mutiara Karaoke 2008
  4. Single Album: Siapa Tak Perlu Cinta 2009
  5. Single Album: Jika Kau Ubah Fikiran 2009
  6. Mila Jirin 2011

cover album mila jirin

Senarai lagu yang terdapat dalam album Mila Jirin 2011:
1. Bebas ( Mila Jirin/Amir)
Lagu: Amir ( Warner Chappel Publishing)
Lirik: Mila Jirin ( A Plus Music Production )

2. Malu Malu ( Mila Jirin/Aidid Alfian)
Lagu : Aidit Alfian ( Indah Karya Publishing (M) Sdn Bhd)
Lirik : Ad Samad ( Fighting Poet Sdn Bhd)

3. Luahan Hati ( Mila Jirin/Aidid Alfian)
Lagu : Aidid Alfian (Indah Karya Publishing (M) Sdn Bhd)
Lirik : Ad Samat (Fighting Poet Sdn Bhd)

4. Kata Hati ( Mila Jirin/Ajai)
Lagu : Ajai ( Wake The Baby Records Sdn Bhd)
Lirik : Sheikh Qalam (A Plus Music Production)

5. Kasih Yang Terdampar (Mila Jirin/Amir)
Lagu : Amir ( Warner Chappel Publishing)
Lirik : Nafisah ( Warner Chappel Publishing)

6. Aku Lebih Tahu Remix (Mila Jirin/Ajai)
Lagu : Ajai ( BMG Music Publishing (M) Sdn Bhd )
Lirik : Loloq (Luncai Emas Sdn Bhd )

7. La Ober ( Mila Jirin)
Lagu: Copyright Control
Lirik : Afendi (Erama Records Sdn Bhd )

8. Siapa Tak Perlu Cinta ( Mila Jirin/ Richard Kyoto)
Lagu : Richard Kyoto
Lirik : Richard Kyoto/Denda Sr

cover album mila jirin

cover album mila jirin

Alhamdulillah, melalui Album Mila Jirin yang dilancarkan ini, Mila ingin mengucapkan sekalung penghargaan buat semua yang terlibat :

Pengurusan Tertinggi Erama Records Sdn Bhd & MJ Panacea Records Sdn Bhd

1. Penerbit : Aidit Alfian, Ajai, Amir, Rafikoncept
2. Penata Vokal : Aidit Alfian, Ajai, Amir, Rafikoncept, Jay Jay
3. A&R : Othman Mahmood, Ailis Mustapha
4. Susunan Muzik : Alfa Booty, Ajai, Amir, Jay Jay, Rafik, Doul
5. Pemuzik Undangan : Aznan Alias, Ujang, Rohnie Tan, Romi Ramli, Rumie Booty, Omar K
6. Penyanyi Latar : Ajai, Aidid, Mila Jirin
7. Jururakam: Romi Ramli, Rumie Booty,Amir, Rafik, Riza
8. Juruadun: Romi Ramli, Rumie Booty, Amir, Rafik,
9. Studio Rakaman: Wake The Baby, Mata Hati King Studio, Erama Studio, Amir Krank Studio, Rafikoncept, Rumie Muzik Lab,
10. Juru Mastering: Alfa Booty
11. Mastering Studio: Alfa Booty
12. Urusan Koordinasi : Jirin Burhan, Isz Mustapha
13. Studio Fotografi : MODJO Studio
14. Pengarah Fotografi & Studio: MH Surianie
15. Pengarah Seni : Nurul, Jaydee
16. Penata Gaya: Nurul, Jaydee
17. Konsep Rekabentuk Album: Nurul, Jaydee
18. Rekabentuk Kulit Album: Yoyo
19. Artwork & Rekabentuk: Yoyo, Maton, Hafiz, Nash
20. Solekan & Dandanan: Lyana Dee D’Star Makeup
21. Tajaan Pakaian: Ezuwan Ismail, School of Fashion Lilian, Badger, Busana Mila
22. Tajaan Studio: MODJO Studio
23. Pengurusan Artis: LuvMila Corporation
24. Terbitan: MJ Panacea Records Sdn Bhd , Erama Records Sdn Bhd
25. Jentera Promosi: Erama Records, Luvmila Corporation, Cherry Talent Management

cover album mila jirin

Mila Jirin
Mila Jirin merupakan Juara Akademi Fantasia 5, 4 tahun telah berada didalam industri muzik Malaysia Mila bukan sahaja berbakat sebagai penyanyi tetapi sebagai pelakon dan model bagi produk-produk komersial. Mila pernah memenangi beberapa anugerah di dalam Malaysia seperti anugerah ERA, anugerah AIM dan anugerah Bintang Popular.

Pada tahun 2008, Mila juga telah memenangi pertandingan nyanyian diperingkat antarabangsa iaitu POP Festival Varna Bulgaria sebagai juara untuk BEST SONGS ( ILHAM DI MATAMU), MOST TALENTED YOUNG ARTIST, MISS TOURISM BULGARIA (MALAYSIA). OPEN MIC UK 2010 NEWCASTLE,DEWSBURY UK. Duta Konsert Ryhthm Nite MATIC 2010
Duta Produk Komersial bagi UMW TOYOTA (2007-2008), LOT 100 GUMMY (2007-2008), MAXIS (2007-2008),BIOTHERM, LOREAL (2008-2009), COCOPIE (2009-2010), MAMEE SLURPP (2009),MAMEE SLURPP (2010- 2011),MAMEE MI SLRRPP & MAMEE MI GORENG INDONESIA (2010-2011),CLENX HERBAL TEA (2010-2011)

Untuk keterangan lanjut mengenai Mila, boleh layari
Website Rasmi :

www.milajirinmusic.webs.com
www.erama.tv
www.erama.tv/milajrin

Laman Sosial : www.facebook.com/pages/milajirin

cover album mila jirin

cover album mila jirin

cover album mila jirin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betty Benafe Esma Danial Telemovie Aku Bukan Siti Khadijah

History Asia’s Monarchies New Series