in

Betty Benafe Esma Danial Telemovie Aku Bukan Siti Khadijah

TELEMOVIE AKU BUKAN SITI KHADIJAH PAPAR KISAH ISTERI TERLALU TAATKAN SUAMI DI TV1

Sudah menjadi fitrah seorang isteri seharusnya menurut kemahuan suami. Seorang isteri tidak boleh menidakkan setiap kemahuan suami selagi ianya tidak bertentangan dengan nilai agama. Apatahlagi syurga isteri terletak di atas keredhaan suami.

Mengisi slot Nurani di TV1, drama Aku Bukan Siti Khadijah yang menemui penonton pada 19 Februari 2011, jam 3.00 petang ini memaparkan perbezaan pendapat antara Zulaikha dan Zahir mengenai kedudukan dan peranan seorang isteri / wanita telah menyebabkan Zulaikha mengambil keputusan meletakkan jawatan dan menguruskan rumahtangga meskipun segalanya di luar kemahuan wanita itu.

Zahir hanya mahukan seorang isteri yang menurut perintah dan mengikut telunjuknya. Hakikatnya Zahir sendiri gagal berperanan sebagai suami yang baik kepada Zulaikha. Drama yang menggandingkan watak utama Betty Benafe dan Esma Danial di samping Kenchana Dewi dan Siti Fazurina ini yang disiarkan khas sempena sambutan Maulidur Rasul.

Aku Bukan Siti Khadijah2

Kisahnya bermula dengan Zulaika, seorang wanita terpelajar dan mempunyai kerjaya sebagai seorang Pensyarah dan Pakar Motivasi yang terkenal. Justeru itu, hidupnya sentiasa terikat dengan masa dan memerlukan keadaan yang tenang. Dikurniakan dua orang cahaya mata disamping suami yang merupakan seorang Kontraktor Kelas A dan berjaya dalam bidangnya.

Kalau di luar, kehidupan Zulaika kelihatan sempurna, tetapi sebenarnya dia menghadapi masalah yang amat berserabut. Suami Zulaika seorang yang moden tetapi pemikirannya agak terbatas terutamanya pandangannya terhadap isteri. Zahir mahukan Zulaika tinggal di rumah menguruskan anak-anak dan dirinya sahaja.Baginya seorang wanita seharusnya tinggal di rumah dan dilarang bergaul.

Sebaliknya Zulaika berpendapat wanita tidak seharusnya melayani suami semata-mata, tetapi suami mesti menyenangkan isteri, hidup bermakna perkongsian, bukannya perhambaan atau ketuanan.Seorang isteri seharusnya merasa selamat disamping suami, tetapi perasaan itu tidak ada pada Zulaika. Zulaika telah kehilangan kedua orang tua sejak berusia belasan tahun lagi, sejak itu dia menumpang kasih pada ibu saudaranya (Mak Ngah). Zulaika cuba menjadi isteri yang sempurna, melayan suami siang dan malam, dan sentiasa bersabar dengan sikap dan karenah suaminya.Sikap suami yang terlalu cerewet tidak kira apa juga masakan, kedaan rumah dan sebagainya menyebabkan Zulaika sering mencari dimana silapnya.

Zulaika seorang wanita yang rajin mencari ilmu. Dia mula menaruh minat membaca kisah isteri-isteri nabi Muhammad S.A.W, terutamanya Saidatina Khadijah. Zulaika cuba mendalami sifat-sifat Khadijah, tetapi akhirnya dia sedar dia hanya manusia biasa. Zulaika juga rajin mengikuti kelas agama yang diadakan oleh ustazah di sebuah masjid.

Zulaika berhenti kerja untuk menjaga anak-anak dan suami dengan harapan sikap suaminya mula berubah dan melayannya dengan baik, tetapi sayang sumainya tidak pernah menyempurnakan keperluan Zulaika dan anak-anak,seperti pakaian dan makan minum. Ini kerana sebelum ini perbelanjaan dapur ditanggung oleh Zulaika sendiri. Zulaika merasa dirinya tidak tertelan makanan yang dibeli oleh suaminya kerana tiap kali duit suaminya keluar Zulaika akan dileteri. Dalam masa yang sama Zahir mempunyai masalah ditempat kerja apabila projek yang sedang dijalankan menghadapi masalah akibat ditipu oleh pembekal. Bukan itu sahaja, wang syarikat turut lesap oleh salah seorang pekerjanya.

Untuk itu, Zulaika ambil keputusan untuk kembali bekerja tetapi tanpa perlu keluar dari rumah. Zulaika mengusahakan sebuah perniagaan butik pengantin melaui internet.Zulaika menumpukan perhatian kepada kepada bidang yang diminatinya. Satu keistimewaan Zulaika adalah kerana rupa parasnya yang cantik,baik hati dan tutur katanya yang penuh falsafah. Zulaika juga meneruskan kepakarannya dalam bidang motivasi melaui blognya yang sedia ada.

Kerapkali Zulaika menangis sendirian mengenangkan sikap Zahir yang sebelum ini dianggap suami yang ideal sedangkan Zahir bukanlah sempurna. Dia kerap meninggalkan solat alasannya Zulaika tidak menyediakan baju sembahyangnya. Zulaika memberi pendapat hidup ini perlu dipermudahkan bukan diberatkan dengan pelbagai komen. Tetapi Zahir menuduh Zulaika seorang isteri yang ingkar. Lalu apakah kesudahan jalan hidup pasangan suami isteri ini?

Betty Benafe Dalam Aku Bukan Siti Khadijah

Aku Bukan Siti Khadijah1

Aku Bukan Siti Khadijah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ady Putra & Elly Mazlein Drama Bidadari Dari Raudhah

Mila Jirin Belajar Tulis Lirik Untuk Album Terbaru