in , ,

Mila Jirin & Atilia Kongsi Tips Cantik di Aidilfitri

Kesibukan perayaan Hari Raya bukan alasan untuk mengabaikan kesihatan kulit. Serlahkan seri kulit anda yang sebenar pada musim perayaan ini dengan Dermalogica Special Cleansing Gel dan Solar Defense Booster SPF50.

[dropcap]S[/dropcap]empena kempen Get Naked, Dermalogica berharap dapat membantu golongan wanita mendapatkan kulit yang cantik tanpa solekan, agar mereka dapat merai musim perayaan bersama sahabat dan keluarga dengan penuh keyakinan.

Roderick Chieng, Ketua Pegawai Eksekutif EIG Bhd yang mengedar dan memasarkan produk dan penjualan Dermalogica di Malaysia, Asia Tenggara, dan Hong Kong berkata:

“Kami di Dermalogica ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada rakan-rakan dan semua pengguna muslimin kami.”

“Kami faham bahawa kesibukan untuk pulang ke kampung tatkala musim perayaan ini mengakibatkan ramai yang tidak mempunyai masa untuk menjaga kulit. Oleh itu, Dermalogica menyarankan rutin penjagaan kulit yang mudah dengan Special Cleansing Gel dan Solar Defense Booster SPF50, untuk membolehkan anda membersih dan melindungi kulit anda daripada pancaran UV matahari yang berbahaya serta radikal bebas di sekeliling, walaupun dalam perjalanan ke mana jua.”

[pullquote align=”right”]Dapatkan kulit sihat dan berseri Aidilfitri ini. Seri kulit sihat yang terserlah dengan pembersih muka dan tabir suria Dermalogica[/pullquote]

Kebersihan kulit merupakan langkah pertama bagi memastikan ia sihat dan berseri. Dermalogica Special Cleansing Gel diformulasi untuk mengeluarkan kotoran secara menyeluruh tanpa mengganggu kelembapan semula jadi kulit. Gel berbuih yang pekat dan tanpa sabun ini tidak mengandungi wangian atau pewarna tiruan.

Dermalogica Solar Defense Booster SPF 50 menghalang pancaran matahari yang berbahaya daripada merosakkan kulit, dengan adanya perlindungan UVA dan UVB dalam pelembap atau bedak asas anda. Sesuai untuk semua jenis kulit, tabir suria spektrum luas ini dihasilkan tanpa wangian atau pewarna tiruan. Malah, pembungkusan 50ml Solar Defense Booster membolehkan anda menyimpannya di dalam tas tangan untuk dibawa ke mana sahaja, sama ada di dalam kereta mahupun pesawat, bagi pemakaian yang mudah dan berterusan.

Selepas seharian perjalanan pulang ke kampung, selebriti manis, Atilia Haron akan menyegarkan diri dengan Special Cleansing Gel Dermalogica sebelum menjalankan persiapan raya dengan penuh semangat bersama yang tersayang.

Kata Atilia:

“Sepanjang musim perayaan, saya suka ‘merehatkan’ kulit dengan tidak mengenakan sebarang solekan. Oleh itu, amat penting bagi saya untuk mendapatkan kulit yang berseri pada Hari Raya agar saya dapat bertemu ahli keluarga dan sahabat handai dengan penuh keyakinan. Dengan Dermalogica Special Cleansing Gel, kulit saya yang bersih dan sihat ini tidak perlu disolek!”

Penyanyi tempatan, Mila Jirin, juga mengamalkan sikap berjaga-jaga dalam melindungi kulitnya, walaupun di celah-celah kesibukan pulang ke kampung.

Kata Mila:

“Cahaya terik matahari sentiasa masuk ke dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang ke kampung. Untuk melindungi kulit, saya gunakan Dermalogica Solar Defense Booster. Perlindungan UVA dan UVB yang saya dapat dari tabir suria ini membantu saya mengekalkan kulit yang sihat berseri, dan memastikan saya kekal cantik walaupun tatkala saya ketiadaan masa untuk bersolek. Saya sangat menggalakkan para peminat saya untuk meluangkan sedikit masa untuk membersihkan dan melindungi kulit ketika musim ini, agar mereka dapat kelihatan anggun sepanjang musim perayaan yang meriah ini.”

Menjelang Hari Raya, kita pasti semakin sibuk dengan pelbagai jenis persiapan. Oleh itu, Chieng menyarankan agar pelanggan datang ke AsterSpring atau pusat Dermalogica yang sah seawal mungkin bagi mendapatkan Face Mapping® yang cepat dan percuma, serta menjalani rawatan muka.

“Melalui proses Face Mapping®, pakar kulit kami dapat mengenal pasti keperluan kulit anda dan mengesyorkan produk-produk yang benar-benar sesuai untuk anda,” kata Chieng.

Raikan kulit hebat dengan penuh keyakinan Aidilfitri ini! Dermalogica Special Cleansing Gel dan Dermalogica Solar Defense Booster SPF50 kini boleh didapati di semua AsterSpring dan pusat kulit Dermalogica yang sah, dengan harga RM155 untuk 250ml (Dermalogica Special Cleansing Gel) dan RM278 untuk 50ml (Dermalogica Solar Defense Booster SPF50).

Mila Jirin & Atilia Haron

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Drama Maruah Lakonan Adam Shah

Nowseeheart’s Featuring Fahd Ezuan Single Fatwa Hati