in , ,

‘Saya Tidak Menipu atau Buat Kesalahan Jenayah’ – Rayhan Kabir

Seorang lelaki Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), semalam, akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Hampir dua minggu bersembunyi, akhirnya M Rayhan Kabir berjaya ditemui pihak berkuasa di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Rayhan sebelum ini mencetuskan kontroversi dengan kenyataannya menerusi sebuah video dokumentari terbitan Al-Jazeera melibatkan diskriminasi mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.

Menerusi laporan Sinar Harian, dia mendakwa kenyataannya itu tidak menipu dan tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah semasa ditemubual Al-Jazeera.

Rayhan Kabir
‘Saya Tidak Menipu atau Buat Kesalahan Jenayah’ – Rayhan Kabir

Terbaru, Ketua Pengarah Imigresen iaitu Datuk Khairul Dzaimee Daud mengesahkan penahanan Rayhan Kabir yang diburu sebelum ini adalah bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63. Dia turut mengesahkan bahawa Rayhan akan diusir keluar dan disenaraihitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Memetik kenyataannya di The Daily Star Bangladesh memberitahu dia hanya bercakap mengenai diskriminasi terhadap PATI menerusi program terbitan stesen televisyen antarabangsa itu.

Saya tidak menipu atau melakukan kesalahan jenayah. Saya hanya mahu maruah negara dan migran seperti saya terjamin. Saya yakin semua pendatang dan Bangladesh akan bersama saya dalam isu ini.

– Rayhan Kabir

Sebelum ini, JIM memohon bantuan orang ramai bagi mengesan Md Rayhan Kabir bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown dengan Md Rayhan dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.

Rayhan Kabir
‘Saya Tidak Menipu atau Buat Kesalahan Jenayah’ – Rayhan Kabir
Rayhan Kabir
‘Saya Tidak Menipu atau Buat Kesalahan Jenayah’ – Rayhan Kabir

What do you think?

28 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Miera Leyana Bakal Nikah dengan Usahawan Berusia 40 an Esok

Senarai Program Menarik Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1441H