in

Mia Sara Nasuha Duta Dutch Lady Malaysia

DUTCH LADY MALAYSIA MELANTIK BINTANG CILIK MIA SEBAGAI DUTA

Pelakon Kanak-Kanak Mia Sara Nasuha Kini Jadi Duta Dutch Lady Malaysia. Tahniah!

Mia mahu menggalakkan kanak-kanak meminum lebih banyak susu

Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) secara rasminya mengumumkan perlantikan bintang kanak-kanak yang kian mencapai puncak populariti di dalam industri perfileman Malaysia, Mia Sara Nasuha binti Muhammad Ridhuan, sebagai duta jenama bagi rangkaian Susu Untuk Membesar Dutch Lady. Perlantikan Mia akan menjadikannya sebagai elemen penting di dalam kempen-kempen utama Susu Untuk Membesar Dutch Lady pada tahun ini.

Mia Sara 3

Mia begitu gembira dengan perlantikan ini dan cukup berbesar hati dengan peranannya sebagai duta jenama ini. “Saya begitu teruja dengan peranan baru saya sebagai duta jenama Susu Untuk Membesar Dutch Lady. Saya mula meminum Susu Untuk Membesar dan saya paling suka Dutch Lady 6+ perisa coklat ,” ujar bintang berusia 8 tahun ini.

Sebagai duta jenama, Mia akan membantu mempromosikan kepentingan meminum Susu Untuk Membesar bagi kanak-kanak pada peringkat usia 1 hingga 10 tahun.

Susu Untuk Membesar Dutch Lady membekalkan khasiat penting yang diperlukan bersama kandungan 5 kali lebih DHA* untuk kanak-kanak. Mia juga akan berkongsi keseronokan meminum susu yang berkhasiat bersama kanak-kanak di Malaysia.

Menurut Wong Vai Chi, Pengurus Kanan Jenama, tidaklah sukar bagi syarikat tenusu terkemuka di Malaysia ini untuk memilih duta jenama bagi rangkaian produk Susu Untuk Membesar Dutch Lady.

“Kami mencari wajah cilik yang sesuai dengan pendirian jenama kami dan Mia adalah pilihan yang sesuai. Kami memilih Mia kerana yakin dia mampu membawa keseronokan kepada pengguna setia kami. Walaupun ini merupakan kali pertama kami menggunakan selebriti sebagai duta jenama Dutch Lady, kami akan cuba mempertimbangkan kaedah ini untuk perancangan masa hadapan jika kempen ini berjaya.”

Mia Sara 2

“Mia bukan sekadar bintang cilik biasa yang menggemari susu. Kami yakin Mia dapat menyerlahkan lagi kebaikan Susu Untuk Membesar. Pencapaian yang dikecapinya dalam bidang lakonan dan pengacaraan pada usia kecil ini menunjukkan Mia adalah seorang yang mampu menyerap apa yang ada di sekelilingnya serta cepat memahami apa yang dipelajarinya. Kami yakin Mia mampu menjadi inspirasi serta memberi galakan positif kepada kanak-kanak lain untuk menyemai sikap-sikap meminum susu dari peringkat awal lagi. Ini kerana kanak-kanak yang membesar dengan kebaikan khasiat secukupnya serta persekitaran yang sesuai dapat membantu melahirkan Malaysia yang cemerlang,” jelas Vai Chi lagi.

Walaupun usianya masih kecil, Mia seorang yang bijak dan berbakat. Ramai yang terpesona dengan kebolehan lakonan serta pengacaraannya di dalam pelbagai rancangan televisyen dan filem, menjadikannya pelakon kanak-kanak pilihan ramai.

Antara kejayaan yang pernah dicapainya adalah menggondol anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di dalam Festival Filem Malaysia ke-24, pencalonan sebagai Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular 2011, dan pernah mencatat nama di dalam Malaysian Book of Records sebagai ‘Pelakon Paling Muda Pernah Memenangi Anugerah Festival Filem Malaysia’.

Mia Sara 1

Senior Brand Manager, Wong Vai Chi

Senior Brand Manager, Wong Vai Chi

Mengenai Dutch Lady Milk Industries Berhad
Ditubuhkan dalam tahun 1963, Dutch Lady Milk Industries Berhad adalah peneraju utama industri tenusu tempatan. Ianya adalah Syarikat tenusu pertama disenaraikan pada papan Bursa Saham Malaysia pada tahun 1968. Kini, Dutch Lady Malaysia menghasilkan produk-produk tenusu yang bermutu tinggi untuk pasaran domestik dan juga eksport. Antara jenama terkenal termasuklah Dutch Lady dan Friso. Tahun 2013 merupakan titik penuh makna bagi Dutch Lady Malaysia setelah setengah abad menempuh berbagai kejayaan. Sempena ulang tahun ke-50 Syarikat, sambutan sepanjang tahun diterajui dengan janji Dutch Lady Malaysia melalui penubuhan Dana Inspirasi Masa Depan. Dana ini bertujuan menyuntik semangat dan membantu anak-anak Malaysia menggapai impian dalam bidang yang diminati, walaupun yang menjangkau pembelajaran.

Syarikat induknya ialah Royal FrieslandCampina NV, sebuah syarikat multinasional Belanda yang juga antara koperasi tenusu terbesar di dunia dengan berkeuntungan tahunan sebanyak lebih daripada Sembilan Euros. Syarikat ini juga mempunyai lebih daripada 19,000 orang pekerja di 100 lokasi dan 26 negara di seluruh dunia. Royal FrieslandCampina juga mempunyai lebih daripada 30 jenis jenama yang terkenal dipasaran dunia.

Mengenai Susu Untuk Membesar Dutch Lady
Susu Untuk Membesar Dutch Lady ditawarkan di dalam 3 varian iaitu Susu Untuk Membesar Dutch Lady 123 bagi kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun, Susu Untuk Membesar Dutch Lady 456 bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun dan Susu Untuk Membesar Dutch Lady 6+ bagi kanak-kanak berusia 6 tahun ke atas.

Susu Untuk Membesar Dutch Lady 123 dan 456 ditawarkan dalam 3 perisa yang menyelerakan seperti Biasa, Madu dan Coklat, sementara Susu Untuk Membesar Dutch Lady 6+ ditawarkan dalam 2 perisa iaitu Biasa dan Coklat. Perisa Biasa dan Madu mengandungi 0% sukrosa sementara perisa coklat mengandungi sukrosa yang rendah*.

Selain daripada imej yang baharu, Susu Untuk Membesar Dutch Lady juga dirumus dengan formula baharu. Ia mengandungi 5 kali lebih DHA* dan nutrien-nutrien lain yang membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Selain itu, Susu Untuk Membesar Dutch Lady juga mengandungi kalsium, zat besi, SA, AA, Omega 3 dan Omega 6.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aloft Kuala Lumpur Sentral Hotel

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Roadshow Dermagic SimplySiti di Alamanda