in

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Roadshow Dermagic SimplySiti di Alamanda

Pada jam 12 tengahari tadi, Budiey telah berada di Alamanda Putrajaya untuk buat liputan sekitar Roadshow Produk SimplySiti Dermagic untuk kempen Transformasi Kulit Dermagic. Budiey kira, ramai antara pembaca yang follow Instagram Budiey dah tengok gambar-gambar menarik sekitar acara ini yang berlangsung di ruang legar, Alamanda tadi.

Acara ini melibatkan kerjasama SimplySiti bersama Malaysia Book of Records yang akan mengumpulkan lebih 400 orang para pengguna SimplySiti Dermagic untuk mencatatkan rekod dalam acara demonstrasi perubahan kulit terbesar dalam 1 hari. Semasa Budiey menemubual Siti Nurhaliza tadi, khabarnya dah 200 orang lebih berjaya dikumpulkan untuk merasai demonstrasi perubahan kulit ini.

KLIK VIDEO: Persembahan Dato Siti Nurhaliza di Roadshow SimplySiti 

KLIK VIDEO: Temubual Bersama Dato’ Siti Nurhaliza di Roadshow SimplySiti 

KLIK VIDEO: Sekitar Roadshow SimplySiti Dermagic di Alamanda Putrajaya 

KLIK VIDEO: Ucapan Siti Nurhaliza di Roadshow SimplySiti Alamanda 

KLIK VIDEO: Pertandingan Meniru Gaya Siti Nurhaliza di Alamanda 

KLIK VIDEO: Pesanan Khas dari Dato’ Siti Nurhaliza 

Acara yang diadakan sehingga 10 malam ini ternyata mendapat sambutan yang hangat dari peminat Dato’ Siti Nurhaliza dan pengguna setia SimplySiti sendiri kerana ramai yang menantikan persembahan sulung beliau buat pertama kali pada tahun ini selepas bertudung litup.

Dihoskan oleh bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan, Maria Tengku Sabri yang dah makin kurus sekarang ni, acara ini juga turut dimeriahkan acara pentas dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan meniru gaya Siti Nurhaliza dan macam-macam lagi.

KLIK VIDEO: Lagu Galau & Perkembangan Terkini Siti Nurhaliza

Dihangatkan lagi dengan sebuah persembahan lagu rancak dengan penampilan terbaru beliau, Dato’ Siti Nurhaliza juga menyatakan rasa terima kasih beliau kepada semua pengguna SimplySiti dan para penaja seperti Radiusite, Qaseh Puri Spa & Beauty, Fashion Valet dan Karangkraf. Roadshow ini sebenarnya bermula dari 27 Februari 2013 sehingga 3 Mac. Pada hari ini, produk Dermagic Beauty Moisturiser ditawarkan hanya dengan harga percubaan RM29.90 sahaja (harga asal RM49.90).

KLIK VIDEO: Siti Nurhaliza Bercerita Tentang Keadaan Kesihatan Datuk K 

Kalau anda nak tahu, krim Dermagic Beauty Moisturiser ini satu-satunya krim kulit di pasaran dengan tiga fungsi utama iaitu pencerahan, awet muda dan mood gembira.

Objektif utama kempen ini adalah untuk berkongsi fakta dan formulasi hebat krim Dermagic dengan lebih ramai wanita di luar sana. Menurut kajian yang dibuat, sebanyak 98% dari wanita yang menggunakan Dermagic ini sangat menyukainya dan mengakui Dermagic telah menjadikan kulit mereka lebih cerah. Budiey pun guna gak sekali sekala krim ni, curi-curi pakai dari isteri Budiey yang setia dengan produk ini. Patutlah kulit wajah Budiey putih melepak. Hehe 🙂

Terkini, Siti Nurhaliza bakal mengadakan beberapa persembahan seperti Konsert Nusantara pada 6 Mac bersama penyanyi lain seperti Ziana Zain, Rossa dan ramai lagi di Istana Budaya, persembahan di Minggu Setiausaha dan banyak lagi show Siti menanti peminat.

Penyanyi yang tampil dengan tudung Raffiey Nassier itu juga turut merasa teruja menantikan saat untuk melancong dan jalan-jalan di Legoland Malaysia bersama pemenang SimplySiti yang akan berlangsung pada 28 Mac ini.

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

@ctdk kelihatan ceria ditemubual oleh media

@ctdk sedang perform sebuah lagu rancak di #RoadshowSimplySitiDermagic

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Mia Sara Nasuha Duta Dutch Lady Malaysia

Gambar Selebriti di Malam Anugerah Perdana Festival Filem Malaysia Ke-25