in ,

Cara Mesra Zahirah MacWilson Lebih Tulus

Tahniah buat semua pelanggan Celcom. Seronok beramah mesra bersama Zahirah Macwilson

Tahniah buat semua pelanggan Celcom. Seronok beramah mesra bersama Zahirah Macwilson

Seramai 30 Pelanggan Celcom telah diberi peluang untuk bertemu dengan salah seorang pelakon terkenal dan personaliti berbakat, Zahirah Macwilson, dalam sebuah sesi beramah mesra baru-baru ini.

Pemilik bertuah OPPO F9 dan juga pemenang sebuah peraduan atas talian eksklusif untuk pelanggan Celcom memiliki memori indah apabila dapat berswafoto dengan telefon pintar terkini ini serta menerima hadiah eksklusif daripada OPPO.

ZAHIRAH MACWILSON

Majlis tersebut yang berlangsung di Celcom bluecube Sunway Pyramid baru-baru ini turut dihadiri oleh Zuwairi Zakaria, Ketua Perniagaan Runcit dan Penetapan Harga, Celcom Axiata Berhad, dan Boyce Li, Pengurus Besar, OPPO Malaysia.

Siri terkini telefon pintar kategori pertengahan daripada OPPO tersebut kini lebih mudah dimiliki dengan Celcom EasyPhone serendah RM54 bagi ansuran selama 24 bulan, atau boleh secara PERCUMA dengan melanggan pelan pascabayar Celcom Mobile Platinum.

Dijual pada RM1,399.00, telefon tersebut memiliki rupa seperti kekaca yang istimewa, memberi perspektif berlainan pada sudut berbeza, serta sistem pengecasan VOOC yang membolehkan dua jam perbualan hanya dengan lima minit pengecasan. F9 juga membolehkan peminat foto mengambil gambar yang indah serta swafoto yang sensasi dengan dwi-kamera belakang dan kamera hadapan 25MP.

Bagi maklumat lanjut berkenaan pakej OPP F9 yang ditawarkan Celcom, www.celcom.com.my

ZAHIRAH MACWILSON

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GAME OF THRONES Menang 9 Anugerah di Anugerah Emmy 2018

Ini Cara TikTok Sambut Hari Malaysia Merdeka ke-61