in , ,

Mesej Positif Di Dalam FASA Paduan Suara Hazama & Tuju

Dunia muzik tanah air dimeriahkan lagi dengan single terbaharu berjudul FASA, hasil gandingan hebat penyanyi terkenal iaitu Hazama dan Tuju. Gabungan dua artis dari genre berbeza ini pastinya menyengat dan mendapat perhatian ramai.

Single FASA muncul setelah sekian lama Hazama tidak menghasilkan album. 

Menurut Hazama, “Pandemik Covid-19 ini benar-benar menguji semua orang. Sebagai anak seni, saya juga tidak terlepas dengan ujian ini. Sepanjang dua tahun ini macam-macam yang telah saya lakukan demi kelangsungan hidup. Alhamdulillah saya berjaya bertahan dan kena cekal kerana pasti segala kejadian ini ada hikmahnya. Jadi, lagu FASA yang disampaikan ini diselitkan dengan mesej-mesej positif untuk memberi semangat kepada semua. Tidak dapat dinafikan, semua orang ada FASA tersendiri yang perlu ditempuhi. Namun apa yang penting kita perlu kuatkan semangat dan jangan pernah mengalah.“

Hazama & Tuju

Gandingan Hazama iaitu Tuju atau nama sebenarnya Muhammad Azree Shah pula merupakan seorang anggota kumpulan K-Clique yang kian meningkat naik. Paduan dua suara ini benar-benar serasi dan bersesuaian dengan konsep lagu ini. Lagu Fasa merupakan hasil ciptaan dan lirik Firdaus Rahmat, Fahimi Rahmat dan Tuju. 

Lagu FASA merupakan runut bunyi pada drama Samarinda : Suamiku Lelaki Pendosa yang disiarkan bermula 9 Februari 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam. Drama ini dibintangi oleh pelakon-pelakon handalan seperti Dato’ Aaron Aziz, Sophia Al Barakbah, Shima Anuar, Fauzi Nawawi, Gambit Saifullah dan ramai lagi. 

Hazama & Tuju

Lagu ‘Fasa’ ini dilihat amat sesuai untuk drama ini kerana ia mengisahkan tentang kehidupan Cahaya Malaika yang bertukar sekelip mata apabila keluarga kekasihnya Nik Safri memutuskan pertunangan mereka selepas rahsia identitinya terbongkar. Cahaya Malaika dihina sebagai anak tak sah taraf dan sejak peristiwa itu kehidupannya menjadi tidak menentu. 

Video lirik bagi single FASA nyanyi Hazama ft. Tuju, edaran Alternate Records kini boleh di tonton di Youtube Alternate Records & Talents pada 9 Februari 2022.

Hazama & Tuju

Lirik Lagu FASA

Artis           : Hazama ft. Tuju

Tajuk          : FASA

Komposer  : Firdaus Rahmat, Fahimi Rahmat, Tuju

Penulis lirik: Firdaus Rahmat, Fahimi Rahmat, Tuju

VERSE

Kau menanti tiba saat berdua

Tapi sendiri ku merasa kau berat sebelah terhadap ku

Kau sengaja palsu kan sementara

Untuk belajar tentang cinta kau sempurnakannya bersama mu

PRE CHORUS

Hitam putih datang lawa kan seri

Hitam putih liku berlalu pergi

CHORUS

Fasa masa bersuka indahnya

Dengar ayat manis yang kau puja

Fasa masa berduka derita

Kau tinggalkan ku fasa seterusnya

VERSE 2

Bila aku ada peluang masa

Untuk bicara tentang kita dan mula lah kau senyap membisu

Jadi aku bertukar-tukar warna

Cari sebenar-benar warna kau buka hati mu terima ku

VERSE (TUJU K-CLIQUE)

Kejora cinta itu nyata persis,

Warna dunia yang takkan habis,

Berapa batu beribu destinasi,

Hala Tuju yang saling berganti,

Berarak memori, Buku jiwa hati,

Kita mewarna, Dunia mewarni,

Jadi ku terima segala takdir,

Dengan warna warna hidup ku,

Bangkit di awal kejora,

Jalan ku jauh,

Suara ku merana,

Rasa ku jatuh

Noktah, Titik, Ini rasa, empati,

Ubah masa tak mampu,

Fasa lalu berlalu waktu demi waktu,

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Juara Mentor Musim Keempat, Mohd Mentor Buka Restoran Puakez Di Danau Kota

Majalah 3 Istimewa : Kapsul Masa: Misi Ke Tokyo