in ,

Majalah 3 Istimewa : Kapsul Masa: Misi Ke Tokyo

Majalah 3 Istimewa : Kapsul Masa: Misi Ke Tokyo Merungkai Usaha Di Sebalik Tabir Misi Pengembaraan 204 Artifak Dari Kuala Lumpur Ke Tokyo

Ilmu dikongsi, pameran menjadi misi… 204 artifak dari Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) menjadi tumpuan dalam pameran “14 Dynasties and a Region: The History and Culture of the Muslim World” di Tokyo National Museum, Jepun yang berlangsung dari 6 Julai 2021 hingga 20 Februari 2022. 

Eksklusif buat penonton TV3, Majalah 3 Istimewa: Kapsul Masa : Misi Ke Tokyo dengan kerjasama Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) akan disiarkan untuk 2 episod pada 14 dan 15 Februari 2022, pukul 9.00 malam untuk merungkai misi pengembaraan 204 artifak dari Kuala Lumpur ke Tokyo. Usaha sama antara Muzium Kesenian Islam Malaysia dan Tokyo National Museum telah membuahkan hasil apabila kesemua artifak ini dipinjamkan untuk tempoh lapan bulan kepada Tokyo National Museum yang bertujuan membuka lembaran sejarah ketamadunan Islam di negara matahari terbit itu.

Menurut Dato’ Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, “TV3 amat berbesar hati diberikan penghormatan menjadi sebahagian dalam misi pengembaraan ini kerana proses pengendalian dan pemindahan 204 artifak ini telah menonjolkan kredibiliti dan ilmu pengetahuan luas pasukan Muzium Kesenian Islam Malaysia dalam memelihara dan memulihara peninggalan sejarah dunia. Jadi, kami tidak mahu ketinggalan untuk berkongsi kapsul masa yang berharga ini untuk tontonan semua kerana ia merupakan pencapaian besar dimana hasil kerja rakyat Malaysia dalam proses konservasi artifak dipamerkan di mata dunia.”

(BM) Poster Majalah 3 Istimewa  Kapsul Masa  Misi Ke Tokyo

Syed Mohamad Albukhary, Pengarah Muzium Kesenian Islam Malaysia berkata,” Muzium Kesenian Islam Malaysia amat berdedikasi untuk berkongsi lebih daripada 200 objek dalam koleksi penting kami kepada komuniti di Tokyo National Museum. Kami berharap agar pameran ini akan membuka pintu masyarakat Jepun kepada dunia Islam. Matlamat kami adalah untuk mengetengahkan kebudayaan dan kesenian Muslim bermula daripada awal abad kemunculan Islam sehingga kini.”

Majalah 3 Istimewa: ‘Kapsul Masa : Misi Ke Tokyo Bahagian 1 akan merungkai penyediaan teknikal di sebalik tabir; restorasi, preservasi dan konservasi yang diteliti oleh lima konservator dengan pengalaman khusus dalam bidang seramik, manuskrip, tekstil, logam serta lukisan. Jika hasil konservasi ini berjaya, pameran di Tokyo akan mencatat koleksi lengkap sejarah serta budaya dunia Islam.

Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) telah dibuka pada Disember tahun 1998 dan menyimpan artifak berasal dari dunia Islam di Semenanjung Iberia sehingga Asia Tenggara. MKIM adalah muzium kesenian Islam yang pertama dan terbesar di rantau Asia Tenggara. Makmal mereka juga adalah yang terbaik untuk proses konservasi. Cabaran kali ini berbeza kerana ia melibatkan 204 artifak daripada 60 sebelumnya. Bagaimanakah mereka menjalankan tugasan masing-masing untuk memastikan misi pengembaraan ini dijayakan dalam tempoh kurang sebulan?

Majalah 3 Istimewa : Kapsul Masa : Misi Ke Tokyo Bahagian 2 pula fokus pada fasa seterusnya apabila setiap 204 artifak yang lengkap menjalani proses konservasi, dirapikan dalam peti khas untuk diterbangkan dalam tempoh tiga minggu. Namun, pengembaraan ini terpaksa dilakukan tanpa penyeliaan dan pengendalian oleh pasukan MKIM sendiri kerana berhadapan dengan isu pandemik Covid-19 

Isu pandemik Covid-19 antara cabaran terbesar dalam misi ini. Pertama kali dalam sejarah MKIM, dua ‘installer’ (pemasang) tidak dapat meneruskan perjalanan bersama artifak kendalian mereka lantaran kes Covid-19 mencatat angka paling tinggi di Malaysia dan Jepun. 

Ikuti perkongsian personaliti dua konservator dan seorang kurator diselami melalui penceritaan ilmu yang mendorong minat mereka dalam bidang konservasi artifak serta keunikan sejarah. Mengenali karakter pengendali artifak bermaksud membawa penonton lebih dekat dengan keistimewaan khazanah berharga milik dunia Islam dan kepentingan artifak-artifak ini dilindungi dan dikendalikan sebaiknya apabila tiba di sana. 

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kedua-dua episod Majalah 3 Istimewa: Kapsul Masa : Misi ke Tokyo, kolaborasi antara TV3, Muzium Kesenian Islam Malaysia dan Tokyo National Museum pada 14 dan 15 Februari 2022, pukul 9.00 malam 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mesej Positif Di Dalam FASA Paduan Suara Hazama & Tuju

Cabaran Members Bermain Badminton Bersama Lagenda Badminton Negara Datuk Rashid Sidek