in ,

Meraikan Ahli Etnografi Kelahiran Sarawak, Benedict Sandin

Doodle hari ini meraikan seorang anak kelahiran negeri Sarawak, Benedict Sandin, seorang pencerita rakyat dan ahli etnografi yang telah berkhidmat sebagai kurator muzium yang tertua di Borneo: Muzium Sarawak. Siapakah beliau, dan apakah yang membuatkannya istimewa?

Benedict Sandin dilahirkan Sandin anak Attat pada 1918 pada tarikh hari ini, di sebuah rumah panjang bernama Kerangan Pingai yang terletak di lembangan Saribas, di daerah Saratok, Sarawak. Berketurunan Iban (antara suku kaum asli yang terbesar di Malaysia), Sandin telah mendapat sanjungan para ahli akademik sebagai salah seorang pakar kaum Iban yang terunggul di dunia; beliau telah mendedikasikan hidupnya untuk memelihara warisan asli kaumnya. 

Kehidupan & Kerjaya Benedict Sandin

Beliau diperkenalkan kepada bahasa Iban yang penuh puitis menerusi bapanya, dimana Sandin bukan sahaja berjaya menguasainya tetapi juga telah meneruskan untuk membela bahasa ini. Pada tahun 1941, Sandin mula bekerja di dalam jurusan perkhidmatan awam, dimana bakat menulisnya telah membuka peluang untuknya memegang jawatan sebagai penyunting Pembrita – penerbitan berita yang pertama dalam bahasa Iban. Artikel-artikel yang ditulisnya telah menarik perhatian kurator Muzium Sarawak pada masa itu, yang telah membawanya masuk sebagai seorang kakitangan berjawatan khas pada 1952. 

Pembentukan Seorang Kurator Muzium Dan Pemeliharaan Warisan Budaya

Sejurus selepas itu, Sandin diterima untuk menyertai sebuah program persekutuan UNESCO di New Zealand, dimana beliau mempelajari teknik-teknik muzium dan antropologi. Beliau pulang ke tanah air dengan tekad untuk mendokumentasi sejarah, budaya, dan bahasa kaum Iban serta merakamkan amanat ahli salasilah tempatan, pujangga, dan ahli sejarah. 

Sebagai tanda penghargaan kepada pencapaian etnografi Sandin yang tidak ternilai, beliau dinamakan Kurator Muzium Sarawak dan Ahli Etnologi Kerajaan pada 1966, jawatan yang dipegangnya untuk hampir sedekad.    

Terima kasih kami ucapkan kepada Benedict Sandin kerana melindungi dan memelihara tradisi dan warisan asli untuk generasi yang akan datang! 

Mengenai Google

Misi Google adalah untuk mengorganisasi informasi dunia dan membuatnya dapat diakses dan digunakan secara universal. Melalui produk dan platform seperti Search, Maps, Gmail, Android, Google Play, Chrome dan YouTube, Google memainkan peranan yang bermakna dalam kehidupan harian berbilion orang dan telah menjadi salah satu syarikat paling terkenal di dunia. Google merupakan anak syarikat Alphabet Inc.

What do you think?

18 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Empat Penyanyi Profesional Dicabar di Program Realiti Terbaharu VOKAL MANIA

Zulin Aziz Bengang Dituduh Scammer Dikaitkan Dengan Macau Scam