in ,

Zulin Aziz Bengang Dituduh Scammer Dikaitkan Dengan Macau Scam

Dalam muat naik terbaru artis versatil itu, dia berang apabila dituduh sebagai ‘scammer’ oleh netizen hanya kerana berkawan dengan suspek kes ‘Macau Scam’ yang tular baru-baru ini.

Sekarang ini, isu berkenaan ‘scammer’ dan ‘macau scam’ menjadi isu hangat bukan sahaja melibatkan pihak orang ramai, tetapi juga selebriti. Apatah lagi hubungan rapat individu scammer dengan beberapa selebriti tempatan menjadi bahan yang sering diungkit netizen di ruangan komen.

Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz berang dengan individu yang memfitnahnya terlibat dengan kegiatan penipuan. Tuduhan itu dibuat selepas Zulin dilihat pernah memuat naik gambar bersama beberapa individu yang dipercayai terlibat dengan aktiviti haram tersebut.

Zulin Aziz

Zulin berkata, dia berasa rimas dengan komen-komen yang mengaitkan dirinya de­ngan individu berkenaan.

“Bodoh manalah yang fitnah tak habis-habis ni.Aku dah rimas dengan komen tak habis-habis pasal scammer. Apa kena mengena dengan aku?

“Kalau aku kenal pun apa isunya dengan masalah (kegiatan penipuan) dia? Aku tidak buat bisnes mahupun ada kaitan dengan gejala sosial. Aku pergi rumah dia untuk memasak, bermain dengan anak-anaknya.

“Aku sampai sekarang hidup makan gaji, apa yang busuk hati sangat?,”

– Zulin Aziz

Zulin meluahkan perasaannya dalam kapsyen menerusi satu hantaran di Instagramnya pada hari Jumaat lalu.

Menurut pemilik nama penuh Farah Azleenda Abdul Aziz, 31, itu, dia turut meminta netizen berfikir dan jangan membuat tuduhan melulu selagi seseorang itu belum disabitkan bersalah oleh mahkamah.

Zulin Aziz

Luahnya lagi, dia berhempas pulas kerja tetapi netizen senang-senang menabur fitnah tentang dirinya turut terlibat dalam kegiatan ‘scam’ hanya kerana mengenali suspek terbabit.

Zulin juga meminta pengikutnya untuk ‘tag’ nama netizen yang cuba memfitnahnya dan akan mengambil tindakan.

Zulin memberitahu, siasatan masih dijalankan ke atas individu tersebut, namun pelbagai perkataan tidak enak sudah dilemparkan terhadapnya.

Zulin turut memohon agar netizen berhenti daripada menyebarkan cerita-cerita tidak benar tentang rakan-rakannya itu.

“Kalau betul (terlibat), kita semua harus mendoakan semoga mereka dihukum. Kalau tak benar, siapa yang memfitnah itu sendiri mau ingat,”

– Zulin Aziz

Tambah Zulin, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang menabur fitnah terhadap dirinya.

“Tolong tag aku yang mana fitnah. Aku perlu perbetulkan keadaan dan ambil tindakan,”

– Zulin Aziz

Zulin Aziz enggan memaafkan pihak yang memfitnah dirinya itu.

Terdahulu, gambar Zulin bersama beberapa individu yang ditahan selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti pengubahan wang ha­ram tersebar di media sosial.

Rentetan daripada gambar tersebut, Zulin didakwa merupakan salah seorang individu yang hidup mewah atas sumber wang haram.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Meraikan Ahli Etnografi Kelahiran Sarawak, Benedict Sandin

Baru Je Pindah Kelab Portugal, Sekali Safawi Buat Ramai Tergamam