in ,

Menjijikkan! Ludah Pada Botol Lisa BLACKPINK, Tindakan Lelaki Ini Dikecam Netizen

K-Pop sememangnya merupakan satu fenomena yang tidak dapat dinafikan lagi impaknya pada seluruh dunia. Di pelosok semua negara, pasti anda akan terjumpa punya dengan peminat K-Pop mahupun K-Drama sendiri. Betul tak? Tapi dalam ada yang sayang, pasti ada juga yang mengkeji dan menghina. Jikalau tak kena dengan ‘taste’ patutnya diamkan sahaja tapi ada yang kadang-kadang bertindak melampaui batas.

Siapa yang tak kenal dengan kumpulan K-pop terkenal iaitu BLACKPINK, dan salah seorang daripada ahli kumpulan itu yang dikatakan paling popular dan ada ramai peminat, sudah semestinya Lisa Manoban.

Jika korang masih ingat, sebelum ini Lisa terpalit dengan kontroversi apabila nama pentasnya dipersendakan oleh Janna Nick sebagai ‘Lisa Blackpig’. Belum surut lagi kes yang viral itu, timbul pula satu isu terbaharu apabila tularnya satu video TikTok yang memaparkan tindakan seorang lelaki ‘meludah’ sebotol air berkarbonat dengan gambar Lisa BlackPink. Memang mengundang cacian dan kecaman netizen.

Menjijikkan! Ludah Pada Botol Lisa BlackPink, Tindakan Lelaki Ini Dikecam Netizen

Video berdurasi 10 saat itu pada asalnya dimuat naik di TikTok namun mendapat perhatian netizen dan ia dikongsikan semula di Twitter.

Video itu telah menjadi viral di Twitter sejak dua hari lalu selepas dikongsikan semula oleh pengguna Twitter @ammymedusaa. Video itu memaparkan seorang lelaki remaja meludah botol minuman karbonat di sebuah kedai, dekat botol minuman itu ada kelihatan gambar penyanyi Lisa Blackpink, selepas meludah, dia simpan semula dalam peti sejuk.

Seperti yang dijangka, tindakan lelaki tersebut menjadi perbualan serta kecaman netizen di Twitter.

Tau air apa ni? Ni lah air plastik,”

Isu utama ialah, kenapa perlu meludah ketika mana kita masih lagi di musim pandemik ini? Jangan kata musim pandemik, masa hari normal pun perbuatan meludah dekat barang-barang awam pun dah nampak menjengkelkan dan menjijikkan.

Menjijikkan! Ludah Pada Botol Lisa BlackPink, Tindakan Lelaki Ini Dikecam Netizen

Lantaran itu, netizen telah melemparkan kecaman terhadap tindakan lelaki ini dan ada yang anggap bahawa ‘meludah’ itu satu tindakan yang keterlaluan dan boleh menjadi penyebab virus COVID-19 merebak.

Dah ludah, selepas itu, boleh pula letak kembali air minuman itu ke dalam peti simpanan tersebut. Gelilah!

Ia telah meraih lebih daripada 3,000 jumlah retweets dan rata-rata marah dengan tindakan lelaki tersebut. Bukan sahaja netizen dari Malaysia, orang dari negara luar seperti Indonesia dan Thailand juga marah dengan tindakan pemuda tersebut.

Walaupun identiti dan lokasi kejadian masih belum dikenal pasti, ramai warganet menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap pemuda tersebut.

Entri tersebut ternyata mendapat hencapan ramai bukan sahaja kerana dia menghina bintang K-Pop tersebut malah disebabkan tindakannya yang ‘kotor’ itu.

Selain perbuatannya yang menjijikkan, ramai netizen dalam kalangan peminat fanatik Lisa Blackpink marah dengan tindakan pemuda itu.

Masing-masing ada pilihan sama ada untuk suka atau tidak seseorang selebriti itu. Walaupun lelaki tersebut dikatakan tidak suka atau kurang senang dengan artis K-pop, namun tindakan ‘meludah’ tidak sepatutnya dilakukan.

Mungkin tindakan beliau hanya sekadar mahu viral tanpa berfikir panjang tentang akibatnya. Semoga anda tidak buat sesuatu seperti ini semata-mata demi konten di media sosial.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Temubual Bersama Art Fazil, Baba Andy & Imuda, Bercakap Tentang Pembikinan Video Muzik JAM!

Lima Orang Anak Dah Cukup, Sharifah Shahirah Mengaku Sudah ‘Ikat Peranakan’