in , , ,

Temubual Bersama Art Fazil, Baba Andy & Imuda, Bercakap Tentang Pembikinan Video Muzik JAM!

Faktor persahabatan dan senang bekerjasama membuatkan Art memilih dua temannya untuk bekerjasama. Persahabatan panjang akhirnya menyatukan mereka dalam sebuah single yang diharapkan dapat memenuhi citarasa pendengar.

Baba Andy yang merupakan vokalis Flop Poppy menyatakan dia tertarik dengan lagu Blues dan Rock & Roll namun yang paling penting ialah kerana kerjasama bersama Art Fazil dan Imuda. Kedua sahabat itu dianggap sebagai lagenda buat dirinya. Baba Andy juga menganggap lagu ini membuatkan dirinya keluar dari zon selesa. 

Buat imuda pula, lagu JAM! Ini memenuhi dan kena dengan citarasa blues-nya. Sudah beberapa kali bekerjasama, Imuda menganggap kolaborasi ini relaks sahaja tanpa masalah.

Art Fazil, Baba Andy Dan Imuda Bergabung Dalam Video Muzik Jam!

ART FAZIL

  1. Ada perasaan rindu untuk menghadap jam sewaktu PKP?

Itu yang peliknya- Semasa sebelum Covid-19, kita sering mengeluh resah dan kesal apabila tersangkut dalam kesesakan jalanraya. Tetapi apabila kita dikenakan PKP, rasa rindu pula dengan hiruk pikuk kota termasuk trafik jam.

  • Berapa lama menghasilkan lagu ini dan penulisan liriknya?

Lagu ini saya tulis dalam masa 1 jam sahaja . Itu cara saya bekerja- jika dah datang ilham dan idea lagu, saya akan siapkan lagu dengan cepat. Melodi dan lirik siap dalam durasi 1 jam.

  • Ceritakan proses rakaman, di mana , berapa lama ?

Waktu rakaman memakan masa sedikit kerana kami semua sibuk dengan projek masing-masing. Lagu dasarnya saya rakam di Studio 47 di Singapura. Gitar dimainkan oleh Addy Cradle dari kumpulan Teacher’s Pet. Bahagian yang lain saya rakam di studio Ada Exist yang dikelolakan oleh Along Exist. Jadi sebenarnya rakaman lagu ini melibatkan tenaga kerja seni dua negara- Malaysia dan Singapura.

BABA ANDY DAN IMUDA

  1. Ceritakan tentang proses rakaman

Imuda:

Sebenarnya lagu dah lama Art Fazil siapkan. Masa recording sendiri-sendiri. Saya tak jumpa pun Andy sebab sesi rakaman kami lain. Tapi Art Fazil ada bersama di Ada    Exist Studio sebab dia Produser lagu. Saya menyanyi dengan main harmonika.

Andy: 

Dari masa setuju untuk kerjasama sampai siap lagu dan video setahun lebih jugalah. Tapi rakaman saya untuk vokal dengan bass kita buat semalaman sahaja. Menarik dan seronok sepanjang masa kita usahakan lagu ni, tiada stress tiada apa langsung.

  • Sudah lama tidak menyanyi atau muncul secara aktif atau terbuka di mata khalayak, apa yang dilaksanakan sekarang?

Imuda:

Sejak PKP aktiviti banyak tergendala tapi kerja harus diteruskan. Saya kerja dari rumah, banyak menghabiskan masa dengan melukis, ada tempahan lukisan, ada juga yang saya muatkan di media sosial untuk dipromosikan, saya buat t-shirt juga untuk dijual. Yang sedang panas ialah T- Shirt ulang tahun ke- 38 Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan Our Heroes sempena Pandemik. Sejak tahun lepas sempatlah saya ikuti  penggambaran satu drama. 

Andy: 

Saya sedang menyiapkan album solo saya yang pertama yang sudah hampir siap sebenarnya. Sekarang di peringkat mastering. Album ini dihasilkan hampir seratus peratus oleh saya sendiri. Album ini tidak akan dikeluarkan secara digital, sesiapa      yang ingin menikmati lagu-lagu baru ini haruslah membeli CD, Vinyl ataupun kaset yang saya akan infak 1/3 hasil jualannya untuk kebajikan.

  • Ada tak perasaan rindu menghadap suasana jam sewaktu PKP

Imuda:

Jam ni satu masalah yang kita hadapi hari-hari sebelum ni, tiba-tiba tak ada semestinya rindu.    

Andy:

Ada juga rasa rindu. Tapi PKP ni ajar kita jadi rilek, sebelum ni semua terkejar-kejar. Bila jumpa jam waktu PKP ni rasa macam łamanya tak jumpa. Tapi jam sekarang tak seteruk dululah, bila teruk sikit je sekarang kita bingung macam mana boleh ada jam. Nasib baik kita sempat siap lagu ni dan muzik video sebelum PKP. Dapatlah kita merakam suasana sebenar jam sebelum era Covid-19.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isma Yusoof | 16

Lokasi Penggambaran Bukan Tempat Menimba Ilmu, Isma Yusoof Nasihat Pelakon Baru

Lisa Blackpink | 17

Menjijikkan! Ludah Pada Botol Lisa BLACKPINK, Tindakan Lelaki Ini Dikecam Netizen