in , ,

Lima Orang Anak Dah Cukup, Sharifah Shahirah Mengaku Sudah ‘Ikat Peranakan’

“Tiada rasa apa-apa sebab saya dah cukup ada lima anak tak akan nak beranak lagi. Saya tak kisah pun janji saya sihat. Lagipun nanti saya takut lepas beranak ada macam-macam masalah dan bukan mudah untuk membesarkan anak-anak,” ujarnya.

“Sebab saya ni umur dah 40-an dan doktor ada beritahu yang saya masih subur lagi tapi berisiko dan tidak bagus untuk kesihatan diri. Selain berisiko, pelbagai komplikasi boleh berlaku kepada saya. 

“Jadi atas saranan doktor untuk saya ikat jadi saya ikut atas nasihat doktor. Alhamdulilah saya subur, ada sesetengah orang susah nak dapat, saya bersyukur,” jelas pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih selesa dengan sapaan Shiera. 

Shiera atau nama lengkapnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired mengakui telah melakukan ‘ikat peranakan’ ‘Tubal Ligation’ selepas melahirkan anak kelimanya lebih empat tahun lalu. Shiera berkata, dia melakukan prosedur tersebut atas saranan doktor. 

Menurut Shahirah, doktor memberitahu adalah sangat berisiko tinggi bagi wanita yang sudah mencecah usia 40 tahun ke atas sepertinya untuk hamil selepas ini. 

Ibu kepada lima cahaya mata itu turut menyatakan tiada perancangan untuk menambah zuriat sementelah bukan mudah membesarkan anak-anak pada zaman sekarang. 

Imbas kembali, kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah itu pernah berkahwin bersama Jatt, vokalis Black Dog Bone dan dikurniakan seorang anak perempuan, Allisya, 22. 

Selepas itu, Shiera mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ijoy Azahari pada 28 Februari 2003 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Airell, 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menjijikkan! Ludah Pada Botol Lisa BLACKPINK, Tindakan Lelaki Ini Dikecam Netizen

Meghan Markle Hampir Bunuh Diri Kerana Layanan Buruk Daripada Istana Diraja British