Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in , ,

Mengubat Rindu Peminat, Haqiem Rusli Adakan Konsert Secara Maya Pada 2 April Ini

SELEPAS kejayaannya mengadakan konsert sulungnya pada Oktober 2019 yang telah menghiburkan 1000 penonton, kini Haqiem Rusli bakal kembali menghiburkan peminatnya dengan sebuah persembahan pentas pada April ini.

Sejak bergelar seorang anak seni, penyanyi Haqiem Rusli pernah sekali mengadakan konsert sulungnya pada tahun 2019 yang dihadiri 1000 peminatnya. Menariknya, penyanyi yang popular menerusi lagu Segalanya itu juga pernah mensasarkan untuk mengadakan konsert keduanya pada usia 23 tahun iaitu pada tahun 2021.

Biarpun hasrat berkenaan dilihat seperti penghalang berikutan pandemik Covid-19, penyanyi berkenaan tetap mahu merealisasikan hasratnya dengan menganjurkan konsert secara maya.

Konsert berdurasi sejam lebih itu akan berlangsung pada 2 April depan dan dianjurkan oleh syarikat rakamannya, FMC Music dan YTJT Production.

Menurut Haqiem, konsert berdurasi sejam lebih yang akan berlangsung pada 2 April depan itu anjuran syarikat rakamannya, FMC Music dan YTJT Production

“Tidak dapat buat konsert skala secara besar-besaran untuk peminat secara normal, saya akhirnya mendapat idea untuk merealisasikannya secara maya.

“Untuk tempoh sebulan ini, saya bersama pasukan  melakukan sesi percambahan idea dan kami sepakat teruskan konsert cara norma baharu ini,”

– Haqiem Rusli

Ujar penyanyi yang mula meledak dengan lagu Tergantung Sepi itu memaklumkan dia dijangka menyanyikan sekitar 10 buah lagu untuk konsert berkenaan.

“Selain lagu sendiri, saya juga teruja nak menyanyikan dua buah lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza secara medley iaitu Cindai dan Nirmala.

“Tidak ketinggalan juga lagu sendiri termasuk sebuah karya yang tak pernah saya lancarkan di mana-mana platform pun,”

– Haqiem Rusli

Kata Haqiem lagi, tiket dijual pada harga yang cukup berpatutan serta mampu dibeli oleh penonton terutama sekali peminat-peminatnya. 

“Pada mereka yang ingin beli awal, harga tiket dalam RM59. Nanti kembali kepada harga biasa RM79. Saya harap konsert ini akan terus jadi saksi menghubungkan  diri ini dengan peminat tersayang.

“Yang nak dapatkan tiket boleh beli di pautan profil Instagram saya,”

– Haqiem Rusli

Perkembangan terkini, Haqiem mencipta sebuah lagu lagu berjudul Sejarah untuk Lah Ahmad yang kini boleh didengar di platform muzik.

Tiket boleh dibeli di pautan profil Instagram Haqiem Rusli pada harga istimewa RM59 sekarang, sebelum harga sebenar RM79.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version