in ,

Remaja 12 Tahun Meninggal Dunia Lepas Alami Gangguan Saraf Akibat Radiasi Smartphone

Sepanjang sekolah tutup ni, ramai budak-budak sekolah menghabiskan masa dorang dengan bermain video games di rumah. Lebih-lebih lagi masa awal PKP dulu tak boleh nak keluar, so tu je lah tempat untuk hilangkan bosan. Tapi, bak kata orang dulu, buat suatu benda tu biarlah berpada-pada, kalau tak nak benda sama yang berlaku pada remaja ni terkena dekat kita pulak.

Generasi muda dan online game memang tak dapat dipisahkan. Jarang lah jumpa remaja atau kanak-kanak yang tak pernah main game ni kan. Kalau pandai bahagi masa antara pelajaran dan hobi, tak ada masalah pun kalau nak main game ketika masa terluang.

Namun, jangan lupa yang setiap hobi pun ada hadnya juga. Menurut Tribunnews, seorang remaja lelaki yang berusia 12 tahun di Desa Salam Jaya, Subang, Jawa Barat maut akibat ketagih permainan online ni.

Remaja 12 Tahun Meninggal Dunia Lepas Alami Gangguan Saraf Akibat Radiasi Smartphone

Difahamkan, Raden Tri Sakti,12, memang suka main online game setiap hari. Menurut ketua kampung, Sertu Sugeng, mangsa telah dibawa ke Hospital Siloam Purwakarta pada bulan lalu oleh keluarganya sebab dia sering mengadu sakit kepala.

Ketika itu, mangsa telah dirawat di hospital selama 16 hari namun tiada sebarang perubahan. Kaki dan tangan mangsa juga tak boleh digerakkan langsung jadi mangsa kemudiannya dibawa pulang ke rumah. Dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga pada 23 Februari lalu di rumah.

Dalam kejadian yang menimpa mangsa, doktor yang memeriksa remaja itu mengatakan dia meninggal dunia akibat gangguan saraf yang berkemungkinan berpunca daripada radiasi smartphone. Katanya, ia mungkin berlaku akibat pendedahan yang terlalu lama kepada telefon pintar.

Rasanya okay je kalau korang nak main game namun kena pandai hadkan masa penggunaan. 

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Mengubat Rindu Peminat, Haqiem Rusli Adakan Konsert Secara Maya Pada 2 April Ini

Umar Uzair Terbangkan CENDERAWASIH Dari Singapura