in ,

Isu Posmen Lastik Anjing, Shahrol Shiro Bongkar Abang Posmen & Pemilik Anjing Berdamai

Insiden seorang posmen melastik seekor anjing milik seorang penduduk di sebuah taman perumahan di Kluang, Johor baru-baru ini selesai apabila kedua-dua pihak sudah berdamai.

Baru baru ini tular di sosial media mengenai seorang posmen Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) yang disyaki terlibat dalam kejadian melastik anjing menggunakan gelang getah digantung tugas buat sementara.

Pos Malaysia dalam satu kenyataan berkata, kakitangannya yang bertugas di Pos Malaysia cawangan Kluang digantung tugas sementara bagi memberi laluan siasatan dalaman dijalankan. 

Isu Posmen Lastik Anjing, Shahrol Shiro Bongkar Abang Posmen & Pemilik Anjing Berdamai

“Kami telah mengenal pasti posmen yang berada dalam video itu dan dia telah digantung kerja sementara menunggu hasil siasatan.

“Pos Malaysia tidak akan bertolak a.nsur dengan kesalahan daripada pekerja kami dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas termasuk menamatkan perkhidmatan mereka,” kata kenyataan itu. 

Aksi posmen itu dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 21 saat hingga tular di laman sosial. Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah taman perumahan di Kluang dekat sini.

Sebelum ini, kelab pencinta haiwan, Malaysia Independent Animal Rescue’ (Miar) telah memuat naik video di Facebook memaparkan tindakan posmen tersebut. Tindakan posmen terbabit telah mendapat perhatian dan kritikan pengguna laman sosial selain mendesak supaya tindakan sewajarnya dikenakan ke atasnya.

Isu Posmen Lastik Anjing, Shahrol Shiro Bongkar Abang Posmen & Pemilik Anjing Berdamai

Shahrol Shiro Jumpa Abang Posmen

Melukakan dan menganiayai haiwan memang salah dan sahabat ABK ini telah mengaku bersalah dan menyesal atas perbuatan tersebut. Beliau berharap agar perkara ini tidak dipanjangkan lagi dari pemilik anjing berkenaan memandangkan beliau telah pun menerima dnda penggantungan kerja.

Isu Posmen Lastik Anjing, Shahrol Shiro Bongkar Abang Posmen & Pemilik Anjing Berdamai

Baru-baru ini, TEAM ABK telah berjumpa Dollah posmen dan isterinya Puan Mas yang kelihatan tertekan dgn situasi yg dihadapi. Atas dasar perikemanusiaan ADMIN memohon agar pihak Pos Malaysia Berhad dapat menarik balik denda dan membenarkan beliau bekerja kembali memandangkan beliau mempunyai keluarga yang perlu disara.

ABK Aku Budak Kluang, Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Ngepot Kabin serta beberapa NGO anak muda Kluang akan membantu beliau dan keluarga untuk meringankan beban yang dihadapi sepanjang denda penggantungan kerja beliau.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Saman Fitnah – Vivy Yusof, Netizen Bersemuka Di Mahkamah Ogos Depan

Mengubat Rindu Peminat, Haqiem Rusli Adakan Konsert Secara Maya Pada 2 April Ini