in

Mengapa PTPTN Tidak Perlu Dimansuhkan?

[dropcap]S[/dropcap]ibuklah sana sini memperkatakan tentang isu pemansuhan PTPTN ni. Budiey rasa korang pun ada pendapat tersendiri dalam hal ini. Ada yang menyokong tak kurang membantah. Itu hak masing-masing untuk menyuarakan pendapat. Tak kisahlah kan. Apa sahaja yang baik untuk kita, tak semestinya baik untuk orang lain, betul tak?

Nak kata Budiey mendalami atau pakar sangat pasal isu ini taklah juga tapi dari hari ke hari Budiey mengikuti perkembangan isu ini, nampaknya ia menjadi bertambah panas. Melalui laman sosial yang ada, Budiey ada membaca hujah-hujah oleh dua pihak ini. Macam-macam komen dan huraian yang ditulis.

Budiey masih ingat lagi tahun lepas, heboh satu Malaysia tentang Debat PTPTN antara Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang diadakan pada 22 Mei 2012 mengenai hala tuju pendidikan tinggi dan pemansuhan PTPTN.

Seperti mana kata Rafizi Ramli, sememangnya ramai di kalangan rakyat Malaysia yang mahukan pendidikan percuma. Ya, sape tak nak benda free dalam dunia ni kan? Semua orang nak. Tapi kita kena ingat juga untuk memberikan pendidikan percuma, negara terpaksa menanggung beban yang banyak.

Budiey kira, PTPTN diwujudkan oleh kerajaan untuk membantu meringankan beban pelajar yang menyambung pelajaran ke peringkat tinggi dengan menawarkan pinjaman dengan kadar upah yang rendah (low interest) oleh PTPTN. Oleh yang demikian PTPTN adalah satu institusi yang penting untuk semua dan bukan untuk kepentingan mana-mana pihak.

Okay, jika kita amati betul-betul, sebelum penubuhan PTPTN pada tahun 1997, kerajaan hanya mampu menyediakan biasiswa untuk sekitar 26,000 orang pelajar sahaja setahun. Ini bermakna, ramai pelajar yang layak ke IPT tak mendapat tajaan termasuklah mereka yang miskin dan berpendapatan sederhana.

Tapi hari ini, Budiey lihat PTPTN dah berjaya meningkatkan akses orang kita kepada pengajian tinggi. Kalau nak kira, pada tahun 2012, sejumlah 209,963 orang pelajar telah mendapat manfaat daripada pinjaman PTPTN dan mereka merasa untuk belajar di universiti.

Masa zaman masuk U dulu, Budiey adalah peminjam PTPTN. Dengan wang pencen arwah ayah dapat pada masa tu dan wang pembelanjaan yang mak kasi, ditambah duit PTPTN dah terlebih cukup untuk menanggung kos sara hidup dan study pada masa tu.

Tapi tengoklah sebelum tu, tak ramai orang kita yang mampu untuk belajar kerana kekurangan wang. Kalau otak tu cerdik tak pe la jugak, dapat biasiswa. Untungla kan?

Kadar upah pinjaman pendidikan PTPTN yang dikenakan juga adalah serendah 1% sahaja dan kaedah pembayaran balik adalah fleksibel.

Dari dulu hingga sekarang, kerajaan telah menyediakan biasiswa untuk pelajar cemerlang, bantuan kewangan untuk pelajar miskin serta pinjaman PTPTN untuk semua pelajar yang mendapat tempat di IPT. Pinjaman pula ditukar kepada biasiswa sekiranya mereka cemerlang, ini bukti kerajaan mengiktiraf kecemerlangan pelajar.

PTPTN ni sebenarnya sangat membantu kepada mereka yang susah. Ia diberi mengikut pendapatan keluarga. PTPTN juga bagus sebab ia kasi student semangat supaya belajar dan belajar sebab kalau dapat first class, automatik anda tak payah bayar balik pinjaman tu. So sangat useful kan?

Apabila cadangan pemansuhan PTPTN diusul, perlaksanaan tidaklah harus diikut bulat-bulat. Pasti ada jalan tengah yang boleh diambil bagi memastikan pendidikan terhadap generasi muda dinikmati secara berterusan.

Sayang seribu kali sayang, sehingga hari ini Budiey dapati perkara ini cuba diatasi dengan emosi yang melampau. Di laman sosial, Budiey banyak kali membaca komen-komen negatif tentang perkara ini. Dari dulu, Budiey tak berapa gemar melihat pertikaian sesama sendiri tentang isu hangat ini.

Budiey yakin, suara-suara lantang yang menyokong pemansuhan PTPTN ini adalah mereka yang membuat pinjaman tetapi belum melunaskannya lagi.

Kita perlu tahu dan harus juga kita sedar sebagai negara membangun banyak lagi perlu difikirkan dan kewangan negara harus disalurkan ke tempat yang betul. Negara kita tidak boleh mengecapi pembangunan sekiranya kerajaan hanya mengeluarkan pelaburan dalam pendidikan tanpa fokus terhadap sektor lain.

Contoh yang paling senang, kita tengok sahaja apa yang terjadi pada negara Maghribi yang menyediakan pendidikan tinggi percuma tetapi tengoklah keadaan Maghribi macamana, ternyata jauh ketinggalan dalam pembangunan ekonomi.

Kita jangan membandingkan dengan negara-negara maju yang mampu menyediakan pendidikan percuma. Ini kerana mereka sudah punya platform sendiri dan kewangan negara juga sudah cukup kukuh. Harus juga diingat cukai pendapatan negara –negara tersebut adalah lebih tinggi berbanding dengan Negara kita. Bayar hutang PTPTN baru 1% je.

Ini kerana hanya dengan ilmu sahaja dunia mampu berubah. Amatlah rugi sekiranya hidup tidak berilmu sedangkan Agama sendiri menuntut kita mengejarnya. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang berilmu tetapi tidak menggunakannya sebaik mungkin? Aha….

Lagi pula harus kita ingat, perjuangan hari ini adalah demi generasi akan datang. Demi masa depan negara tidak salah rasanya kita timbang tara perihal ini. Hari ini kita tidak mengeluh, mana tahu anak cucu cicit kita kelak tidak begitu.

Rasanya pihak terbabit harus duduk berunding di meja bulat dan capai kata sepakat. Isu pendidikan ini isu berterusan. Punya rakyat ilmuwan merupakan aset negara. Tidak perlu rasanya melampiaskan marah di antara satu sama lain dengan tindakan dangkal.

Siapalah saya untuk berhujah lebih panjang. Cukuplah sekadar ini sahaja ya.

Akhir sekali, generasi akan datang pasti ada di antara mereka yang memerlukannya. tidak hanya pada yuran pengajian, mungkin untuk kos sara hidup seperti bayar duit sewa rumah, makan, peralatan belajar dll. banyak fungsinya duit tu!

Kepada yang belum bayar PTPTN, bayarlah. Hutang WAJIB dibayar walaupun tak dituntut. Noktah!

5 Comments

Leave a Reply
  1. Satu komen dari budiey tentang ptptn yang cukup waras dan padat. Kalau kita benar2 ingin hidup berdikari dan terus maju dimasa depan, kita harus mensyukuri apa bentuk bantuan kewangan yang diberi kepada kita, dalam apa jua bentuk pun, biasiswa atau pinjaman. Barulah kita akan menjadi seorang warga negara yang berpendidikan tinggi, berfikiran luas dan dapat mengimbangi segala keadaan dengan waras.
    Kalau semua nak ‘free’ bila masa nak belajar susah dan berdikari? Sebab bila pengajian tinggi pun nak di biayai penuh oleh kerajaan dengan pemansuhan ptptn, bukan ke ini satu tindakan yang kurang bijak? Sebab nanti banyak risiko terpaksa ditanggung kerajaan, bukan saja beban kewangan yang terlalu besar yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan, termasuk dengan menjaga infrastruktur bangunan sekolah2 dan kolej2 berpendidikan tinggi; tambahan pula ramai pula tidak dapat menyambung pelajaran sebab nanti quota ambil masuk pelajar ke institut pengajian tinggi baik di university awam atau swasta akan berkurangan sebab terlalu besar perbelanjaan bagi setiap penuntut untuk di biayai kerajaan. Jadi mungkin lebih ramai lagi budak2 miskin dan cerdik pandai mungkin tidak dapat menyambung belajar ke peringkat tinggi dan menyara hidup yang lebih selesa dimasa depan. Yang rugi nanti bukan kah orang2 melayu juga? Sebab bangsa asing ni selain melayu tetap ada wang untuk menghantar anak2 merka ke mana2 institiut dinegara atau diluar negara walaupun tidak di pilih untuk menyambung belajar disini. Sebab kebudayaan membiayai duit perbelanjaan persekolahan anak2 mereka sampai ke peringkat ijazah sudah diterap sekian lama sejak kemerdekaan lagi.
    Apabila berlaku semua harus ditanggung kerajaan, kejadian ini tidak akan membantu institiut swasta yang mungkin terpaksa tutup pula. Dalam pada itu, bila dah semua kerajaan terpaksa tanggung, maka penuntut pun tidak akan belajar bersungguh sungguh dan kesudahanya, ramai yang tercicir pula. Jadi siapa yang rugi akhirnya?
    Bukan saja kerajaan terpaksa pikul kerugian besar, tetapi negara pun rugi sebab tidak boleh mengcungkil bakat2 terpendam yang cerdik padai antara insan bangsa melayu. Sebagai seorang yang bijaksana yang ingin dianggap seorang terpelajar , haruslah memikul sama sama tanggung jawab yang di pikul kerajaan demi memajukan bangsa melayu sendiri dan negara keseluruhanya. Janganlah kita terikut ikut dengan isu pemansuhan ptptn ini, kerana ini adalah satu isu pembangkang yang hanya melihat negara kucar kacir dan akan hanya hanyut bangsa kita sendiri.

  2. Nice explaination budiey, sebenarnya ada banyak lagi yang boleh Budiey terangkan lagi

    Pasal pendidikan percuma, dari pendidikan rendah sehingga menengah, sekolah kan percuma, mana ada perlu bayar melainkan yuran pibg,
    Kalau cakap psal pendidikan tinggi percuma, bukanlah satu benda yang mustahil, tapi tiada cara yang lebih efisien sebenarnya. Rafizi Ramli sendiri mengakui bahawa pendidikan percuma amat sukar untk dilaksanakan

    Berbalik kepada kerajaan sekarang, pendidikan tinggi pun bukanlah mahal sangat pun, kecuali yang swasta la,
    Yang ambil Ptptn, boleh convert pinjaman tu kepada biasiswa sekiranya berjaya mendapat first class degree, Alhamdulillah saya salah seorang daripadanya, pinjaman ptptn menyuntik semangat saya untuk belajar lagi dengan lebih baik, akhirnya dapat convert kepada biasiswa ( tak perlu bayar balik)

  3. Hda setuju sangat dgn budiey. Kalau ptptn dimansuhkan, maksudnya anak2 org kaya atau pandai sahaja yang boleh masuk universiti tuh. Padahal IPTA kat malaysia kan byk, apetah lagi dgn IPTS. klu nak kate hasil Malaysia skrg dibahagi sesame kroni shj, hda rasa benda yang sama akan berlaku malah lebih teruk. CONTOHNYA, anak2 org kuat PKR biasa shj tp dek kerana ayah2 mereka ada duit, mereka boleh masuk IPTA tuh. Org2 biasa yg tak merasa hasil Malaysia tuh sbb semua bende free, tak dpt lah masuk IPTA tuh yg yurannye beribu. 🙂

  4. UNTUK PENGETAHUAN SEKALIAN,

    1. BUNGA “UJRAH” YANG KITA KENA BAYAQ MENINGKAT 2 KALI GANDA SEJAK BULAN MEI 2013.

    2. JUMLAH BUNGA “UJRAH” YANG PERLU DIBAYAR BAGI SETIAP PEMINJAM TIDAK SAMA WALAUPUN JUMLAH BAKI PINJAMAN SAMA. TAK FAIR…..ADA ORANG KENA BAYAQ BUNGA LEBIH DAN ADA ORANG KENA BAYAQ BUNGA KURANG WALAUPUN BAKI HUTANG SAMA SEBIJIK.

    MANSUH HUTANG PTPTN SEMEMANGNYA IDEA BODOH. YANG RAJIN BAYAR SELAMA NI TERTINDAS MANAKALA YANG PEMALAS BAYAR HUTANG SELAMA NI TETIBA UNTUNG ATAS SIKAP MALAS BAYAR. TAK FAIR. SEPATUTNYA HUTANG BANYAK TU, BAYAQ BALIK BANYAK TU. UJRAH HANYA MENGABUI FIKIRAN PEMINJAM PADAHAL UJRAH PTPTN JUGA SEBENARNYA ADALAH RIBA.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Jehan Miskin Bakal Bernikah Dengan Gadis Korea

Tonton & Gua Sertai Aktiviti Kemasyarakatan Di Sekitar Kuala Lumpur