in

Tonton & Gua Sertai Aktiviti Kemasyarakatan Di Sekitar Kuala Lumpur

[dropcap]M[/dropcap]eneruskan tradisi tanggungjawab sosial korporat, Media Prima Digital menerusi produk premier Tonton dan portal hiburan dan gaya hidup, gua.com.my telah menyertai acara ‘Soup Kitchen’ anjuran PERTIWI bagi tujuan membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Atas dasar prihatin terhadap golongan gelandangan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur, seramai 20 kakitangan telah menyertai acara ‘Soup Kitchen’ ini pada 17 April 2013 yang lalu. Aktiviti kemasyarakatan ini dianjurkan oleh Pertiwi, sebuah pertubuhan bukan kerajaan bermula pada kira-kira jam 10 malam dan berakhir pada tepat jam 12 malam.

Aktiviti yang disasarkan kepada golongan gelandangan di ibu kota Kuala Lumpur berjaya mencapai objektif menerusi bantuan pek makanan dan minuman selain pemeriksaan kesihatan percuma oleh doktor sukarelawan. Jalan Tuanku Rahman menjadi lokasi pertama persinggahan dengan sasaran kira-kira 200 golongan gelandangan. Manakala lokasi seterusnya di Plaza Kotaraya Kuala Lumpur menyaksikan bilangan yang hampir sama menerima bantuan pek makan malam dan minuman daripada kakitangan yang terlibat.

Beberapa lagi siri acara bulanan ‘Soup Kitchen’ bakal disertai portal Tonton dan gua.com.my dengan tarikh terdekat pada 15 Mei 2013. Untuk maklumat lanjut, ikuti Tonton di Facebook menerusi www.facebook.com/tontonMY atau Twitter di www.twitter.com/tontonMY serta Gua Malaysia di Facebook menerusi www.facebook.com/Guamalaysia atau twitter di www.twitter.com/Guamalaysia

Csr 1 - Mengedarkan Bekalan Roti Kpd Gelandangan Di Kl

Csr 2 - Bungkusan Makanan Yg Telah Sedia Untuk Diedarkan

Csr 3 - Air Minuman Turut Dibekalkan Kepada Golongan Gelandangan Oleh Krew Yg Terlibat

Csr 4 - Antara Gelandangan Yg Menerima Bantuan Makanan Drpd Krew Terlibat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mengapa PTPTN Tidak Perlu Dimansuhkan?

Izzue Islam Mengaku Bertunang & Akan Kahwin 2 Jun Ini