in ,

Menempa Tari Tradisi Di Bawah Bayu 2023 Semarakkan Tarian Tradisi 

Kali ini, Menempa Tari Tradisi buat julung kalinya dipersembahkan di negeri Sabah.

ASK Dance Company dengan bangganya mempersembahkan sebuah produksi “Menempa Tari Tradisi Di Bawah Bayu 2023” dengan kerjasama Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama “Songom Ngelintar” di bawah sokongan ArtsFAS Festival oleh Yayasan Hasanah dan Kementerian Kewangan Malaysia. 

Produksi ‘Menempa Tari Tradisi Di Bawah Bayu 2023‘ bertujuan untuk mempromosi seni tari tradisional dan meraikan keindahan warisan tarian budaya Malaysia. 

Menempa Tari Tradisi Di Bawah Bayu 2023 Semarakkan Tarian Tradisi Kita!

Dalam bahasa Bajau, Songom bermaksud malam dan Ngelintar bermaksud melawat. Oleh itu, Songom Ngelintar adalah festival budaya yang penuh dengan aktiviti dan hiburan yang disajikan untuk pengunjung. Ini termasuklah persembahan muzik, bengkel tarian, persembahan tarian, dan kraftangan. 

Menempa Tari Tradisi Di Bawah Bayu 2023 Semarakkan Tarian Tradisi Kita!

Persembahan: Menempa Tari Tradisi Di Bawah Bayu 2023 

Tarikh: 15, 16, dan 17 Disember 2023
Masa: 8.00 malam
Tempat: Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama, Tuaran, Sabah

Menempa Tari Tradisi Di Bawah Bayu 2023″ adalah persembahan luar (outdoor) yang menghimpunkan persembahan tarian-tarian tradisi di Malaysia bagi menggambarkan keharmonian dan perpaduan selaras dengan keindahan alam dan komuniti di negeri di bawah bayu.

Tarian-tarian etnik Sabah seperti Kuda Pasu, Rambai, Titikas, dan Anggalang Magunatip akan dipersembahkan bersama repertoire tarian-tarian unik seperti Terinai (Tarian Klasik Melayu), Bharatanatyam (Tarian Klasik India) dan Tarian Cina Spirit of The Wind yang akan berlangsung selama 80 minit. Aktiviti kebudayaan seperti pembuatan kraftangan, makanan tradisi, anyaman dan banyak lagi turut disajikan daripada pukul 2.00 petang sehingga 6.00 petang 

Harga Tiket:

RM 20 (Dewasa)

RM 10 (Kanak-kanak: 6 – 12 tahun) 

Menempa Tari Tradisi Di Bawah Bayu 2023 Semarakkan Tarian Tradisi Kita!

Penampilan

Produksi ini akan menampilkan penari dari ASK Dance Company, Persatuan Rumpun Bajausama Sabah, pelajar dari SMK St. Francis Convent dan Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTIF) Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang akan mempersembahkan repertoir yang luas dari himpunan tarian tradisional Malaysia. Setiap tarian akan menonjolkan keunikan dari segi bentuk, muzik dan juga keindahan busana serta tatarias. 

Menempa Tari Tradisi Di Bawah Bayu 2023 Semarakkan Tarian Tradisi Kita!

Objektif


Melalui produksi ini, kita dapat mempromosikan warisan seni dan budaya kepada masyarakat tempatan mahupun antarabangsa. Selain itu, kita dapat mendedahkan dan memberi ilmu kepada generasi akan datang untuk terus memelihara dan memulihara khazanah budaya negara khususnya seni tari tradisi kita. 

Menempa Tari Tradisi Di Bawah Bayu 2023 Semarakkan Tarian Tradisi Kita!

Bengkel Tarian Menempa Tari Tradisi Di Bawah Bayu 

Tarikh: 15 Disember 2023
Masa: 9.00 malam hingga 1.00 petang
Tempat: Dewan Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama, Tuaran, Sabah Tarian: Terinai Ketam Bawa Anak (Tarian Klasik Melayu)
The Spirit Of The Wind (Tarian Cina) 

Harga: RM 30 (satu kelas), RM 50 (dua kelas) 

“Sertai kami di ‘Menempa Tari Tradisi Di Bawah Bayu 2023.’ Persembahan ini akan menjanjikan malam yang bergema dengan irama muzik, gerak tari yang anggun dan lincah, serta persembahan yang memukau mata anda. Kami ingin menjemput anda semua bagi menyaksikan dan menyertai perayaan gilang gemilang ini untuk berhibur dalam meraikan budaya kita.” 

Imran Syafiq, Pengarah Kreatif dan Pengarah Seni. 

Sertailah kami untuk pengalaman yang tidak dapat anda dilupakan. Tiket boleh didapati di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama. Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi 013-837 5792 (Iffa) 012-590 0488 (Kalaivani) dan emel di [email protected] 

Menempa Tari Tradisi Di Bawah Bayu 2023 Semarakkan Tarian Tradisi Kita!
Menempa Tari Tradisi Di Bawah Bayu 2023 Semarakkan Tarian Tradisi Kita!
Menempa Tari Tradisi Di Bawah Bayu 2023 Semarakkan Tarian Tradisi Kita!

TENTANG ASK DANCE COMPANY (ADC) 

ASK Dance Company merupakan sebuah kumpulan tarian profesional yang beroperasi secara sepenuh masa di Kuala Lumpur, Malaysia. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan latihan, bengkel tari, persembahan, koreografi, produksi artistik serta projek-projek kolaborasi. Falsafah syarikat ini adalah kita hendaklah sentiasa belajar dan tidak takut untuk BERTANYA (Ask) persoalan serta isu-isu penting. Produksi tarian syarikat ini berfungsi sebagai satu platform untuk karya-karya yang mengupas isu-isu penting di dalam sesebuah kehidupan mahupun komuniti. Ask Dance Company merupakan contoh yang terbaik dalam mempamerkan identiti kepelbagaian dan kemajmukan masyarakat Malaysia melalui repertoire tariannya dan juga ahli-ahlinya. ADC memainkan peranan penting dalam memelihara dan memulihara serta melestarikan tarian tradisional Malaysia sambil mendorong idea inovatif di platform tempatan melalui pendekatan tari kontemporari. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Xiaomi Membuka Kedai Rasmi Baharu di The Exchange TRX

Skyline Luge Kuala Lumpur

Skyline Luge Kuala Lumpur Kini Dibuka Kepada Orang Ramai Pada 9 Disember