in , ,

Skyline Luge Kuala Lumpur Kini Dibuka Kepada Orang Ramai Pada 9 Disember

Alamilah peluncuran dengan daya graviti Luge yang terkenal di dunia dan pertama seumpamanya di Malaysia!

Setelah lama dinanti-nantikan, Skyline Luge Kuala Lumpur (Skyline Luge KL), sebuah taman aktiviti yang mesra keluarga, berbesar hati untuk mengumumkan pra-pembukaan kepada orang ramai bermula dari 9 Disember!

Skyline Luge Kuala Lumpur Kini Dibuka Kepada Orang Ramai Pada 9 Disember

Hab hiburan seluas 50 ekar itu terletak di Gamuda Luge Gardens, iaitu di tengah-tengah koridor kemajuan utara Lembah Klang. Sebagai tambahan terbaharu kepada landskap hiburan bandar, ia menjanjikan pengembaraan yang sukar dilupakan untuk para pengunjung dari segenap lapisan umur.

Skyline Luge Kuala Lumpur Kini Dibuka Kepada Orang Ramai Pada 9 Disember

Skyline Luge diasaskan di New Zealand pada tahun 1985, dan Skyline Luge Kuala Lumpur merupakan yang pertama di Malaysia, serta tapak Luge yang kelapan di seluruh dunia dan yang kedua di Asia Tenggara.

Skyline Luge Kuala Lumpur Kini Dibuka Kepada Orang Ramai Pada 9 Disember

Taman aktiviti ini menampilkan jumlah trek sepanjang lebih 1.6 kilometer, terdiri daripada empat trek dengan tema berbeza, iaitu Legenda, Ultra, Graviti dan Ekspres, yang setiap satunya menjangkau sehingga 650 meter. Ciri keunikan taman ini terletak pada terowong terpanjang yang pernah dibina dalam portfolio Skyline, yang disirami lampu LED bergerak yang penuh keajaiban.

Alamilah Night Luge, satu pengalaman unik dengan trek bermandikan warna-warni pada waktu malam. Skyline Luge adalah mesra keluarga dan sesuai untuk semua peringkat umur, sekali gus menyediakan satu aktiviti ideal untuk dinikmati bersama rakan dan keluarga.

Skyline Luge Kuala Lumpur Kini Dibuka Kepada Orang Ramai Pada 9 Disember

Selain itu, tingkatkan pengalaman anda dengan helmet RFID bebas tangan, bagi merakam semua memori indah melalui foto dan video automatik ketika anda memecut di trek.

“Skyline Luge sentiasa di barisan hadapan dalam menyampaikan pengalaman yang inovatif dan hebat. Jadi, kehadiran kami dalam landskap hiburan di Malaysia akan membuka satu lembaran yang mengujakan bagi kami.

Skyline Luge Kuala Lumpur Kini Dibuka Kepada Orang Ramai Pada 9 Disember

Taman aktiviti Kuala Lumpur kami menampilkan terowong terpanjang yang pernah dibina, sekali gus menetapkan piawaian baharu untuk para pencari keseronokan! Saya sangat teruja untuk memperkenalkan pengembaraan baharu ini kepada rakyat Malaysia.

Ia menjanjikan pengalaman menakjubkan dan sukar ditandingi, yang sudah tentu akan menjadi kemuncak dalam kemeriahan landskap Kuala Lumpur,” kongsi Pengurus Besar Skyline Luge Kuala Lumpur, Gavin Barnes.

Skyline Luge Kuala Lumpur Kini Dibuka Kepada Orang Ramai Pada 9 Disember

Harga Skyline Luge KL adalah seperti berikut:

PeneranganHarga
Five Luge Rides + SkyrideRM80.00
Four Luge Rides + SkyrideRM70.00
Three Luge Rides + SkyrideRM60.00
Two Luge Rides + SkyrideRM50.00
Child Doubling (Untuk kanak-kanak antara 85cm – 110 cm di bawah umur 6 tahun sahaja)RM25.00
Skyride Return (Jualan secara eksklusif di kaunter SAHAJA)RM20.00

*Tiket kombo hanya dipakai untuk kegunaan individu dan tidak boleh dipindah milik.

Skyline Luge Kuala Lumpur Kini Dibuka Kepada Orang Ramai Pada 9 Disember

Terdapat had umur atau ketinggian untuk kanak-kanak yang ingin menunggang Luge secara solo. Tetamu mesti sekurang-kurangnya 110cm tinggi untuk menunggang Luge secara bersendirian. Jika tidak, mereka dengan ketinggian 85cm – 110cm boleh berkongsi Luge dengan seorang dewasa. Bagi Skyride (chairlift), tetamu yang melebihi 136cm boleh menaiki Skyride secara bersendirian, manakala penunggang antara 85cm – 135cm perlu ditemani orang dewasa.

Skyline Luge Kuala Lumpur Kini Dibuka Kepada Orang Ramai Pada 9 Disember

Waktu operasi rasmi adalah seperti berikut: 

HariWaktu Operasi
Khamis hingga SelasaDibuka dari jam 10 pagi hingga 6 petang
Jumaat, Sabtu, dan AhadDibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam
RabuTUTUP (kecuali pada cuti umum dan sekolah)

Selain menjadi tambahan penting kepada pembangunan Gamuda Gardens, Skyline Luge juga menjanjikan keriangan untuk semua, tidak kira para pencinta pengembaraan ataupun seisi keluarga. Dalam suasana meriah yang dikelilingi pelbagai tarikan Gamuda Luge Gardens, pengunjung bukan sahaja dapat mengalami keseronokan Luge yang memacu adrenalin, tetapi juga tarikan FunPark yang mesra keluarga, serta Big Bucket Splash, tarikan permainan air yang menyeronokkan. Ketiga-tiga tarikan hebat ini akan mengesahkan status Gamuda Luge Gardens sebagai satu destinasi terulung yang menyatukan pengembaraan, hiburan dan keseronokan yang tiada bandingan untuk semua peringkat umur.

Skyline Luge Kuala Lumpur Kini Dibuka Kepada Orang Ramai Pada 9 Disember

Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman Luge dan mencipta kenangan manis di Skyline Luge Kuala Lumpur bersama rakan dan keluarga tersayang! Jom dapatkan tiket anda secara dalam talian sekarang! Ikuti kami di Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini tentang Skyline Luge Kuala Lumpur!

About Skyline Luge Kuala Lumpur

Skyline Luge Kuala Lumpur is Skyline’s first Luge Park in Malaysia, its 8th Luge site in the world, and the 2nd in Southeast Asia. Scheduled to open in Q4 2023, Skyline Luge Kuala Lumpur will be an exciting addition to the Gamuda Luge Gardens development – an 810-acre township in Klang Valley’s northern growth corridor. Additional activities in the park include the Skyline Skyride – a scenic, leisurely adventure ride that gives a bird’s eye view of Gamuda Luge Gardens and the beauty of the surrounding natural landscape.

Skyline Enterprises is a New Zealand-based international tourism company, delivering real fun to global communities, where its’ history as a tourism pioneer began in the 1960s in Queenstown, New Zealand. Skyline Enterprises has established leading tourism destinations in New Zealand, Canada, Singapore, and South Korea.

Skyline Luge Kuala Lumpur’s Official Social Media Accounts

Facebook: https://www.facebook.com/skylinelugekualalumpur 

Instagram: https://www.instagram.com/skylinelugekualalumpur/ 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menempa Tari Tradisi Di Bawah Bayu 2023 Semarakkan Tarian Tradisi 

5 Cara Untuk Jadikan Siri Galaxy Watch6 Nampak Eksklusif Milik Anda