in , ,

MENCARI RAHMAT Inspirasi Naskah Oscar Wilde THE IMPORTANCE OF BEING EARNEST

Oscar Wilde merupakan seorang pengarang kelahiran Ireland yang cukup terkenal dan salah satu naskhahnya yang cukup popular adalah The Importance Of Being Earnest dan pernah dipentaskan pada tahun 1895 di St. James’s Theatre, London.page1image30593728

Naskah Oscar Wilde THE IMPORTANCE OF BEING EARNEST merupakan sebuah naskhah komedi yang cukup terkenal iaitu mengisahkan tentang dua orang lelaki iaitu John Worthing dan Algernon Moncrieff yang mempunyai identiti khayalan masing-masing.

Filem MENCARI RAHMAT merupakan sebuah filem komedi bebas Malaysia 2017 arahan Al Jafree Md Yusop terbitan AB Roll Sdn. Bhd.

Filem MENCARI RAHMAT

Dilihat sebagai sebuah karya yang unik dan mempunyai keistimewaan tersendiri ternyata telah memberi ilham kepada pengarah Al Jafree Md Yusop untuk menghasilkan sebuah filem berjudul Mencari Rahmat yang merupakan inspirasi daripada naskhah terkenal Oscar Wilde itu. Al Jafree Md Yusop mengambil masa selama 10 tahun untuk menghasilkan skrip. Itulah cabaran yang ditempuh untuk menghasilkan filem berjudul Mencari Rahmat.

Mencari Rahmat arahan Al Jafree Md Yusop dilihat menjadi antara filem yang cukup relevan dengan keadaan semasa kini.

“Sebenarnya keinginan untuk menghasilkan filem ini timbul setelah saya membaca naskhah hasil karya Oscar Wilde ini pada tahun 1981. Saya menganggap bahawa naskhah The Importance Of Being Earnest ini ternyata sangat menarik, terutama sekali subjeknya sangat relevan dan begitu sesuai pada masa sekarang ini.

“Proses penggambaran filem ini hanya mengambil masa sekitar 10 hari dan proses raptai bersama-sama pelakon pula adalah selama sebulan. Bagaimanapun, proses penghasilan skrip ini mengambil masa selama 10 tahun kerana kesukaran mengadaptasikan karya Oscar Wilde ini ke dalam Bahasa Melayu,”

– Al Jafree Md Yusop
Filem MENCARI RAHMAT

Sementara itu memilih dua nama besar, Nam Ron dan Amerul Affendi sebagai tunjang utama filem ini. Kata Al Jafree lagi barisan pelakon filem ini dipilih berdasarkan pengalaman mereka yang luas dalam pentas teater.

“Watak-watak dan lakonan dalam filem ini menuntut mereka mempunyai pengalaman teater kerana dialognya yang panjang dan cara blocking filem ini diambil.

“Jadi, agak sukar untuk membariskan pelakon-pelakon yang tiada pengalaman teater untuk membintangi filem ini,”

– Al Jafree Md Yusop

Terdahulu, filem “Mencari Rahmat” telah membuat membuat tayangan perdananya di Festival Filem Antarabangsa Kota Kinabalu pada Julai 2017. 

Atas permintaan ramai, filem ini akhirnya bakal ke pawagam, namun terpaksa ditunda tayangannya hingga 31 Disember ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Jun lalu. 

Sehubungan dengan itu, Al Jafree meletakkan harapan tinggi agar filem ini akan menerima sambutan ramai di pawagam seperti mana ia menerima sambutan pada tayangan perdananya. 

“Mencari Rahmat” dibintangi oleh barisan pelakon hebat tanah air seperti Namron, Amerul Affendi, Nadia Aqilah, Sharifah Amani, Adibah Noor, Fauziah Nawi, Azman Hassan dan Eric Fuzi.

Filem ini akan berada di pawagam 31 Disember depan.

Filem MENCARI RAHMAT
Filem MENCARI RAHMAT
Filem MENCARI RAHMAT

Sinopsis MENCARI RAHMAT

Razak seorang ahli perniagaan yang berjaya yang tinggal di Penang. Dia seorang yatim piatu yang diambil sebagai anak angkat oleh Tan Sri Omar dan Puan Sri Jamilah kerana mereka tiada anak lelaki. Apabila Tan Sri Omar an isterinya meninggal dalam satu kemalangan Razak telah diwasiatkan menjaga cucu perempuannya Ratna, 19 yang juga telah kehilangan ibu dan bapanya.

Razak ialah seorang yang suka berfoya-foya, berparti liar tapi pada masa yang sama dia juga perlu menunjukkan teladan yang baik pada Ratna. Oleh itu dia mencipta seorang adik bernama Rahmat yang kononnya banyak masalah dan tinggal di Kuala Lumpur. Dia terpaksa selalu ke KL untuk menyelamatkan adiknya Rahmat. Itulah alasan Razak supaya dia dapat berparti di KL.

Azman pula ialah seorang pemuda yang juga yatim piatu. Dia dibela oleh makciknya Datin Azizah dan suaminya Datuk Zainal. Datin Azizah mempunyai seorang anak perempuan bernama Rose. Rose ialah teman wanita Razak. Azman yang bosan duduk di rumah itu telah mencipta seorang kawan bernama Bunyamin.

Mengikutnya Bunyamin selalu sakit dan dia terpaksa melawat Bunyamin untuk menjaganya. Ini adalah kerana Bunyamin pernah selamatkan nyawanya ketika sama-sama belajar di UK dulu. Itu pula adalah alasan Azman supaya dia boleh keluar dari rumah itu untuk berparti.

Untuk mengetahui kisah selanjutnya tentang Razak dan Azman, jangan lupa saksikan filem Mencari Rahmat di pawagam seluruh negara pada 31 Disember 2020.

Filem MENCARI RAHMAT
Filem MENCARI RAHMAT

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mengenali Amsyar Lee Yang Tular di Twitter, Berbakat Tiru Suara Penyanyi Terkenal

Mashaallah! Ini Komen Jujur dari PU Riz Buat Neelofa Yang Kini Berpurdah