in , , ,

Mashaallah! Ini Komen Jujur dari PU Riz Buat Neelofa Yang Kini Berpurdah

Pendakwah dan pelakon PU Riz menganggap penampilan pengacara Neelofa yang kini tampil berpurdah atau berniqab sebagai satu perintah baik. 

Riz, 25, atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail berkata, bagi memastikan pengacara itu terus istiqamah dalam keputusan yang dibuat, Neelofa perlu tahu mengenai nikmat yang diperoleh. 

“Kalau nak istiqamah dalam sesuatu perkara, kita kena tahu janji Allah dalam perkara terbabit. Maksudnya kejayaan yang bakal kita peroleh dalam sesuatu keputusan itu. 

“Walaupun ada khilaf dalam pemakaian niqab tapi ia tetap perintah yang baik. Memetik satu ayat al-Quran ini ada menyebut, sesiapa yang taat kepada perintah Allah dan Rasul, bersamanya adalah nikmat Allah. 

“Jadi, siapa yang taat kepada perintah, satu kenikmatan yang sama dengan kenikmatan nabi, al-siddiqin, syuhada dan orang beramal soleh,”

– PU Riz

PU Riz berkata demikian menerusi satu video Instagram Live yang dikendalikan oleh rakan baik Neelofa iaitu Rosix Omar baru-baru ini.

Sementara itu, Neelofa turut menzahirkan rasa terima kasih kepada orang sekeliling yang banyak membantu dirinya mendalami ilmu agama. 

“Terima kasih kepada ustaz dan ustazah. Haris pun banyak bantu sangat-sangat dalam memberi pencerahan mengenai ilmu agama ini. 

“Sepanjang saya cuba faham dan mendalami mengenai ilmu agama dengan insan-insan ini, secara tak langsung hal-hal dunia ini saya makin gembira sikit-sikit saja. 

“Jadi, untuk saya terus ke depan dengan berniqab, ia tidak lagi satu beban yang saya fikir dulu. 

“Beberapa bulan lalu, saya melihat niqab sebagai satu perkara yang besar dan mustahil untuk dibuat. Tapi sekarang dengan hal dunia yang makin kurang dalam hati, saya jadi lebih mudah nak buat,”

– Neelofa

Neelofa kini sudah berpurdah dan memohon semua pihak mendoakan perjalanan baharunya itu sentiasa dalam rahmat dan reda Allah. 

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

MENCARI RAHMAT Inspirasi Naskah Oscar Wilde THE IMPORTANCE OF BEING EARNEST

Nad Zainal Nafi Drama HATI YANG TERSAKITI Bukan Saduran The World Of The Married